ISTERI KERAP MEMARAHI SUAMI MEMPERCEPATKAN PENUAAN SUAMI

Imam Asy-Syafi'i adalah generasi tabi'it tabi'in atau generasi kedua setelah generasi sahabat Rasulullah SAW.

Imam Asy-Syafi'i terkenal sebagai ulama' mujtahid fiqh. Suatu ketika beliau sedang berijtihad, beliau menghadapi masalah untuk menentukan ukuran 1 sho' = 4 mud, kerana waktu itu ukuran 1 mud bersamaan dengan 1 cakupan kedua telapak tangan. Ini dirasakan tidak adil kerana cakupan tangan orang yang besar ukuran mud menjadi banyak, sedangkan orang yang cakupan tangannya kecil maka ukuran mud menjadi sedikit.

Kemudian Imam Asy-Syafi'i berinisiatif pergi ke kota Madinah untuk bertemu dengan orang yang paling tua, kerana mungkin orang yang paling tua di sana pernah bertemu (semasa hidupnya) dengan Rasulullah SAW.

Setelah menemui seorang tua, Imam Asy-Syafi'i bertanya, "Pak Cik berumur berapa tahun?

Pak Cik menjawab, "Umur ku 75 tahun."

Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dengan Rasulullah?"

Pak Cik menjawab, "Oh tidak, cuba kamu bertanya kepada bapa ku."

Imam Asy-Syafi'i pun menemui bapanya kemudian bertanya, "Umur Pak Cik berapa tahun?"

Bapa Pak Cik itu menjawab, "Umur ku 100 tahun."

Lalu Imam Asy-Syafi'i bertanya lagi, "Adakah Pak Cik pernah bertemu dengan Rasulullah?"

Bapa Pak Cik itu menjawab,

"Oh tidak, cuba kamu bertanya kepada bapa ku."

Lalu Imam Asy-Syafi'i menemui seorang tua dan beliau bertanya, "Umur datuk berapa tahun?"

Datuk itu menjawab, "Umur ku 125 tahun."

Imam Asy-Syafi'i terus bertanya, "Adakah datuk pernah bertemu dengan Rasulullah?"

Datuk itu menjawab, "Ya, aku pernah bertemu dengan Rasulullah SAW."

Singkatan cerita, akhirnya Imam Asy-Syafi'i dapat menyelesaikan masalah ukuran 1 mud sesuai dengan ukuran Rasulullah selepas mendapatkan penjelasan orang tua itu sebagaimana yang kita fahami sekarang.

Daripada pengembaraan menemui 3 orang tua itu (anak, bapa dan datuk) ada sesuatu yang mengagumkan. Akhirnya Imam Asy-Syafi'i memberanikan diri bertanya kepada orang tua yang pernah bertemu dengan Rasulullah SAW, "Maaf datuk, kenapa datuk nampak lebih muda dan cergas daripada anak datuk dan kenapa anak datuk nampak lebih muda dan cergas daripada cucu datuk?"

Orang tua itu dgn tersenyum menjawab, "Cucu ku itu selalu dimarahi oleh isterinya, anak ku terkadang dimarahi oleh isterinya, sedangkan aku tidak pernah dimarahi oleh isteri ku."

Ternyata, isteri menjadi punca mempercepatkan penuaan suami, bahkan mempercepatkan kematian suaminya. Sebaliknya isteri yang bersifat lemah lembut membuatkan suami awet muda dan memanjangkan usia suami. Subhanallah...

اللَّهُمَّ إنِّي أّعُوذُ بِكَ من زَوْجٍ تُشَيِّبُنِي قَبْلَ المَشِيبِ

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung daripadaMU daripada pasangan yang menjadikan ku tua (beruban) sebelum waktunya."

Ulasan

Catatan Popular