Biografi Ringkas Syeikh Toyyib Al Makki





Al Alim Soleh Al Muammar Al Falih Muhammad Toyyib Bin Haji Cik Teh Al Qodahi Al Malizi Al Malayui Thumma Al Makki Asy Syafie Al Asya'ri dilahirkan pada 1339 H bersamaan tahun 1921 M di Negeri Kedah Darul Aman.

Beliau melanjutkan pengajian ke Dua Tanah Haram yang mulia (Haramain Asy Syarifain) pada tahun 1370H bersamaan 1951M bersama dengan ahli keluarganya ke sana. Beliau berkesempatan untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah serta menziarahi Baginda Rasulullah S.A.W. dan terus ke Makkah Al Mukarramah untuk menuntut ilmu dengan sebilangan besar ulamak di sana.

*Guru - gurunya*

- As Sayyid Alwi Bin Abbas Bin Abd Aziz Al Maliki Al Hasani
- Al Allamah Syeikh Hasan Bin Muhammad Masyaut Al Makki Al Maliki
(Pengarang kitab Tuhfah Saniah syarah Matan Baiquniyah)
- Musnid Dunia Al Allamah Syeikh Muhammad Yasin Bin Isa Al Fadani Al Makki
(Wafat pada 1990 dan Pengasas Madrasah Darul Ulum di Makkah Al Mukarramah)
- Syeikh Sayyid Muhammad Amin Kutbi
- Al Allamah Syeikh Muhammad Al Arabi Al Maliki
- Al Allamah Syeikh Zakaria Bin Abdullah Bila Al Makki
- Al Allamah Syeikh Abd Qader Bin Tolib Al Mandili Al Makki
(Pengarang kitab Penawar Bagi Hati dan banyak karangannya yang tersebar di Nusantara)
- Al Allamah Syeikh Ismail Al Fathoni
(Pengarang Kitab Bakurah Amani)

Beliau mendapat kerakyatan di Makkah Al Mukarramah dan sering juga pulang ke Malaysia di kediamannya Kg Asam Jawa, Parit Panjang, Kedah. Kehidupannya yang sederhana menyerlahkan kezuhudan beliau dan masyur namanya digelar
Syeikh Toyyib Roti kerana beliau hanya makan roti.

Bahkan beliau antara ulamak tua di Kedah yang mampu mengingati peristiwa dan sejarah yang berlaku walaupun usia semakin meningkat. Allah lebih menyayanginya dan menjemput beliau ke Hadhratnya pada

29 Rabiul Awal 1438 H bersamaan 28 Disember 2016 (95 Tahun) pada waktu asar di Kota Suci Makkah al Mukarramah. Semoga Rohnya dimuliakan Allah dan diangkat darjatnya di bulan mulia Rabiul Awal yang tercinta bulan kelahiran dan kewafatan baginda Rasullullah S.A.W.

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَاجِعُوْن
(Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali) 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ َله وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
(Ya Allah, ampunilah dia, sayangilah dia dan maafkan kesalahan²nya).


al Fatihah...


Ulasan

Catatan Popular