2017 Yang Mencabar, Anda Bagaimana???
Sehari dua ni terdengar keluhan rakan - rakan yang berniaga tentang ekonomi kita.
Mungkin ramai yang tidak merasa secara langsung. Tetapi ramai juga terkesan ekoran pasaran ekonomi dunia yang tidak menentu.
Baru belajar dari few of my friend term "Cash Is King" during recession.
Maksudnya bagi isi rumah, mereka akan mula merasakan pendapatan yang sedia ada tidak dapat menampung perbelanjaan seharian yang lain2. Terhad hanya untuk keperluan sahaja. Maka ramai akan menyimpankan duit mereka dalam simpanan berbanding berbelanja seperti sebelumnya.
Harga minyak naik, nilai matawang semakin menyusut, nilai hartanah hanya mampu di impikan bukan mampu milik lagi dan harga barangan keperluan asas tidak lagi terkawal malahan gaji tetap sama.
Memberi kesan kepada semua peniaga, apabila produk dan barangan jualan tidak terjual seperti sepatutnya. Kerana isir umah takut untuk berbelanja lebih sekarang ni.
Peniaga tidak mampu menanggung risiko overhead yang tinggi, maka gaji2 pekerja dinilai semula. Malahan ada yang di potong hingga 50%, bukan itu sahaja banyak syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan pekerja mereka.
Persoalan nya, jika anda seorang peniaga, apa yang harus kita lakukan??
Should we diversified?
Cutting cost?
Or closing down?
Tambah source of income ?
Phase out non productive section?
Atau diam tanpa buat apa-apa? 🤔🤔🤔
Sekarang baru January 2017, apa yang harus kita lakukan untuk mengharungi cabaran hingga December 2017.
Tarik nafas panjang-panjang.....
fuhhhhhhhh😶😶😶



Ulasan
Catat Ulasan