Amalan Pembuka Pintu Pintu Rezeki





Yaa Allah !
Sesungguhnya Engkau Maha Pemberi dan Pemilik semua pintu rezeki,
Pembuka segala pintu2 rezeki,
Bukakanlah sebaik2 pintu2 kebaikan dan rezeki kepada kami...
Aamiin , Aamiin , Aamiin ,
Yaa Rabbal Alamien

1.Rezeki Yang Telah Dijamin Allah.

۞ وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
(Surah Hud 11:6)

"Tidak ada satu mahluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"


2.Rezeki Kerana Usaha.

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ
(An-Najm 53: 39)

"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"
(53:39)

3.Rezeki Kerana Bersyukur.

لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ (Surah Ibrahim 14:7)

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"(14:7)

4. Rezeki Kerana Iman Dan Taqwa.

وَمَن يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَل لَّهُ مَخْرَجًا
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ
(At-Talaaq : 2-3)
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(At Thalaq :2-3)

5. Rezeki Kerana Istighfar.

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا
يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُم مِّدْرَارًا
(Nuh 71:10-11]

"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyak harta”
( 71 : 10-11)

6. Rezeki Kerana Bernikah.

وَأَنكِحُوا الْأَيَامَىٰ مِنكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ ۚ إِن يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِن فَضْلِهِ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
(An-Noor 24: 32)

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan karunia-Nya.”
(An-Nur : 32)

7. Rezeki Kerana Anak.

وَلَا تَقْتُلُوا أَوْلَادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلَاقٍ ۖ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُمْ ۚ إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا
(Surah Al Isra 17:31)

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”
(Al-Isra 31)

8. Rezeki Kerana Sedekah & Infaq.

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"
(Al Baqarah 2:245)

9. Rezeki Kerana Rajin Menjalin Tali Silaturrahim


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ – رَوَاهُ البُخَارِيُّ  والمسلم

Daripada Abu Hurairah RA katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim. 
(HR Bukari dan Muslim)

10. Rezeki Kerana Bertawakal Kepada Allah.
 وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
[At-Talaaq : 3]
(Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah) dalam semua perkaranya (niscaya Allah akan memberi kecukupan) akan mencukupinya. (Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya) tentang apa yang dikehendaki-Nya. Menurut suatu qiraat dibaca baalighu amrihi yakni dengan dimudhafkan. (Sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap sesuatu) seperti hidup penuh dengan kecukupan, dan hidup sengsara (ketentuan) atau waktu-waktu yang ditentukan.

11. Rezeki Kerana Berbakti Kepada Kedua Ibubapa.
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
  رَحِمَهُ وَلْيَصِلْ وَالِدَيْهِ فَلْيَبَرَّ رِزْقِهِ فِي لَهُ يُزَادَ وَأَنْ عُمْرِهِ فِي لَهُ يُمَدَّ أَنْ أَحَبَّ مَنْ
Maksudnya: “Siapa yang suka untuk dipanjangkan umur dan ditambahkan rezki, maka berbaktilah kepada ibu bapa dan sambunglah tali silaturrahim (dengan kerabat).
Hadis Riwayat Imam Ahmad. Syaikh Al Albani dalam Shohih At Targib wa At Tarhib(no 2488) mengatakan bahawa hadis ini hasan lighoirihi, yaitu hasan dilihat dari jalur lainnya 

12. Rezeki Kerana Istiqomah.
a) Membaca Selawat,
b) Membaca Al-Qur'an(Surah Al Waqiah),
c) Solat Sunnah Dhuha atau Tahajud.
d) Melalui Doa.

Ulasan

Catatan Popular