PERSEDIAN PRA UMRAH 2




Sekiranya Ingin Menunaikan Umrah Buat Sedikit Checking.
1. Jarak  & Laluan Pergi Balik Ke Hotel.
Nak masuk masjid ikut pintu mana keluar pintu mana. Masjidil Haram ada 100 pintu. Sekiranya jarak hotel 850m bermakna sehari kena jalan hampir (0.85x2)x5 = 8.5km berulang alik ke masjid. Ini tidak termasuk sewaktu buat umrah (tawaf & saie= 3.4km) . Oleh itu latihan fizikal berjalan kaki secara santai sebelum pergi sangat2 diperlukan.

2. Suhu & Cuaca.
Pada Dis 2015 sewaktu di Madinah suhu mencecah 9 °C. Pakaian sejuk yang berbulu di dalam serta penutup kepala dan sarung tangan sangat diperlukan. Lebih2 lagi membawa kanak2 dibawah 2 tahun.




3. Bawa lebih Sarung lengan & stokin tebal bagi wanita. Aurat wanita semasa tawaf adalah seluruh badan & pakaian tidak boleh menyeret lantai ditakuti bernajis.



4. Botol Spray
Untuk ambil wuduk dalam flight & sewaktu tawaf. Sekiranya flight pukul 4-5 pagi sudah tentu kena solat sewaktu penerbangan. Bawa botol spray kosong, Isi sewaktu dalam penerbangan.



5. Ubat2an, minyak angin & gosok .
Biasanya selepas membuat umrah pertama semua urat2 badan akan rasa tegang , sengal2. Ada juga yang rasa keletihan yang amat. Disebabkan perjalanan jauh , Rumah-Klia 1jam , Klia checkin 3-5jam ,  flight delay (1-9jam) , Flight kl-jeddah 9jam, airport jeddah(1-9jam), jeddah-mecca 2jam , tawaf-saie 1-2jam (total 17jam minima)



6. Bawa kasut/seluar@sukan
Sesiapa nak naik Gua Hira di Jabal Nur tolong bawa kasut yg ringan. Selipar ditakuti putus waktu turun.
Perjalanan keatas sekarang dah mudah sebab ada tangga simen. Cuma perlu latihan tambahan spt panjat tangga bangunan 60 tingkat (1-2 jam naik , 45-70 minit turun) Bayaran tambahan juga diperlukan 20-30riyal seorang.

7. Surat Pengesahan Sihat( Fit To Fly )
Buat medical check up serta dapatkan surat dari doktor yang dah biasa merawat kita mengatakan sihat untuk melancung beserta senarai ubat2an yang perlu dibawa bersama. Sekiranya berlaku apa2 kecemasan dengan surat itu dapat membantu jemaah & Mutawif untuk mendapatkan rawatan di Mekah@Di Madinah

Ulasan

Catatan Popular