Nak pilih Fixed Mindset atau Growth Mindset?
Rahsia mengenal kekuatan pasukan melalui percakapannya. Anda tidak perlu mencari pekerja, Tetapi mesti mencari bakal pemimpin-pemimpin yang bakal menerajui syarikat-syarikat anda.
Perlu menyediakan mereka untuk menjadi pengarah-pengarah di syarikat-syarikat tersebut.
Oleh itu, perlu sangat menitik beratkan beberapa ciri-ciri ahli pasukan yang berada di dalam organisasi.
Antara ciri penting adalah mindset mereka. Dan ini cara mengenal mereka melalui cara percakapan mereka.
Begini..
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Carol Dweck, ada dua jenis mindset manusia.
1. Fixed Mindset.
Mereka yang mempunyai fixed mindset, suka menggunakan struktur ayat-ayat sebegini.
+ Apabila, kita sedang memberi bimbingan, mereka suka berkata "Tahu...Tahu...Tahu..."
+ "Saya memang macam ni. Nak buat macam mana lagi?"
+ "Sampai bila pun saya tak dapat terima idea ini."
+ "Saya memang tak pandai nak buat, kenapa Tuan minta saya buat juga.
Kata-kata seperti mencerminkan mindset mereka yang sebegini...
+ Anda tak perlu ajar saya. Saya sudah tahu semuanya.
+ Tidak mahu baiki keadaan diri.
+ Saya hanya percaya pada apa yang saya sudah percaya sahaja.
+ Saya tidak mahu/selesa belajar perkara baru. Saya sudab selesa dengan apa yang saya ada.
2. Growth Mindset
Mereka yang mempunyai Growth Mindset suka menggunakan ayat sebegini.
+ Apabila diberi tunjuk ajar, akan menerima ilmu dengan penuh hormat. Walaupun ilmu tersebut mereka sudah tahu.
+ Saya akan perbaiki keadaan diri saya.
+ Boleh Tuan terangkan lagi idea tersebut. Saya masih belum jelas.
+ Saya belum tahu perkara ini. Tapi, saya akan cari jalan dan belajar bagaimana nak siapkan tugasan ini.
Kata-kata sebegini mencerminkan mindset mereka yang sebegini...
+ Mungkin ada perkara lain lagi yang saya belum tahu tentang ilmu ini.
+ Sentiasa mahu menambahbaik keadaan diri.
+ Mungkin ada sisi lain lagi yang saya belum faham tentang idea ini.
+ Saya mahu belajar lagi perkara-perkara baru.
Antara sisi bahaya Fixed Mindset adalah, mereka kurang mampu untuk kendalikan tekanan dan ketidaktentuan.
Manakala Growth Mindset lebih mampu untuk kendalikan tekanan dan ketidak tentuan. Jadi sebagai pemimpin bisnes, kita tahu kan siapakah yang lebih mudah digilap menjadi pemimpin di dalam organisasi kita. Kan?
Cuba jawab kat bawah.
Nak pilih Fixed Mindset atau Growth Mindset?



Ulasan
Catat Ulasan