Apa Yang Dapat & Apa Perlu Buat Selepas Umrah & Haji ?



Di Masjid Nabawi perlu hadir awal . 
Di sini persaingannya hampir tiada.


Tuan Ariffin menghantar Whatsapp ini:

"Setiap kali menunaikan Umrah yang sempurna, Allah menyucikan kita dari dosa-dosa ...

Berazamlah untuk tidak melakukan lagi dosa-dosa selepas Umrah atau Haji.

Sangat istimewa Rahmat Allah untuk Umat Islam yang berada dekat dengan Mekah.

Jadi, gunakanlah keistimewaan yang tuan-tuan dan puan-puan peroleh dengan berada di Jeddah sekarang sepenuhnya.

Berazamlah setelah dosa diampunkan untuk tidak lagi mengulangi dosa-dosa dahulu."

Terngiang-ngiang kata-kata Prof Muhd Kamil dari tazkirah malam tadi.

Terasa sungguh kerugian diri sendiri yang tidak istiqomah di dalam penyucian dosa.

Tahun depan saya 60 tahun.

In Shaa Allah, inspirasi azam tahun baharu saya kali ini datangnya dari tazkirah Prof malam tadi.

JazzakahuKhayr

Pakpin

UMRAH & REZEKI

Alhamdulillah ... kami tiba di Kondo Kemuncak setelah bersama anak-anak meraikan mereka di Sama-Sama Hotel, KLIA.

Perjalanan umrah kali ini ada sedikit perbezaan. Kami membayar visa umrah dan kos perkhidmatan sebanyak RM2920.

Saya tidak kisah bukan kerana mempunyai kelebihan kewangan melampau. Kami memang mahu pergi. Saya terdengar satu ceramah menyatakan,

"InshaAllah ... kita tidak papa kerana menunaikan umrah. Malah Allah SWT akan menggantikan setiap sen yang telah kita belanjakan. Bagaimana kita tidak tahu. Ada masanya tidak kita sedari."

Ia kenyataan menarik.

Saya meyakini kenyataan ini. Ketika berada di udara - dalam perjalanan pulang - setinggi lebih 10000 meter, saya menerima whatsapp yang di antaranya menyebut:

"Saya berhajat membeli 200 naskah buku Rumah Sakit. Mohon Prof tandatangani."

Saya tunjuk kepada Raudzah Roslan @ Roza dengan menyatakan sesuatu, "lihatlah bagaimana Allah SWT mengatur rezeki hambanya. Ia membuka hati seseorang ketika masa dan ketika yang sesuai."

Sekejap tadi - ketika sampai di Kondo Kemuncak, saya menerima lagi Whatsapp yang menyatakan,

"Saya sudah transfer RM5000. Apabila buku  sedia untuk diambil, sila beritahu saya ..."

Sungguh ... kami bersyukur dan mohon keampunanMu ya Allah.


Ulasan

Catatan Popular