Tips Khusyuk Dalam Solat Fahami & Hayati Setiap Bacaan Anda
Terlalu ramai hari ini tidak tahu apa yang kita lakukan dalam ibadah harian kita. Ada yang dah solat berpuluh puluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat.
Tak hairan la kalau tak khusyuk dalam sembahyang. Kita telah sembahyang tetapi belum solat. Sebab Solat merangkumi syarat yang zahir serta yang batin. Termasuk tindakan selepas solat.
Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan paham-pahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat.
Takbiratul-Ihram / Takbir
Allah Maha Besar
Mengejar Duit Besar ke? Atau Mengejar Perintah Allah itu BESAR
Doa Iftitah
Al-Fatihah
Bacaan Ketika Rukuk
Bacaan Ketika Bangun Dari Rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.
Bacaan Ketika Iktidal
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.
Bacaan Ketika Sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.
Bacaan Ketika Duduk Diantara Dua Sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.
Bacaan Ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.
Bacaan Ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.
Semoga bermanfaat untuk kita bersama



Ulasan
Catat Ulasan