6 Check List Bakal Tetamu ALLAH



Untuk Menunaikan Umrah Anda Hanya Perlukan Sedikit Persiapan Ringkas.

1. Niat Yang Betul.
Ya Allah Aku Ingin Menunaikan Umrah Semata Mata KeranaMU. Sama SEKALI Tiada Unsur Unsur Mensyirikkan Allah.
Menjalani Ibadah Umrah Dengan Tulus Serta Ikhlas. Bukan Nak Kaya atau Jadi Jutawan.

2. Wang Yang Halal.
Bukan Wang Curi Atau Rasuah. Wang Simpanan Hasil Titik Peluh Kita Sendiri.
Pakej yang paling murah adalah sebanyak Rm 5,190 Dari bulan Jan hingga Mei setiap tahun. Sekiranya Anda Mampu Mengumpulkan Seramai 20 Orang Anda Akan Diberikan 1 Tempat percuma. Pada Umrah tahun 2017 ini saya dan kawan saya dapat mengumpulkan seramai 26 orang. Maka kami dapat taja 1 orang miskin untuk menunaikan umrah. Disamping itu CEO Fa Izin Travel & Tours Ustaz Lokmanul Hakim bermurah hati memberi tajaan seorang lagi jemaah kami yang miskin untuk sama2 menunaikan umrah.

3. Ilmu Umrah Mabrur
Belajar selok belok mengerjakan Umrah yang tepat sebagaimana yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW semasa hayat beliau. Rasulullah SAW menunaikan 4 kali umrah serta 1 kali Haji ( Haji Wada ). Datanglah ke kelas aatau seminar umrah sekurang2nya 3 kali. Saya sendiri menghadiri lebih 7 kali kursus umrah beserta kursus haji 3 tahun berturut turut sebelum menunaikan umrah. Belajarlah dengan mereka yang sangat berpengalaman seperti Ustaz Daud Che Ngah, Ustaz Dr Lukmanul Hakim, Ustaz Dr Sapawi Che Mat , Prof Dr Muhammad Kamil Ibrahim . Mereka ini adalah antara guru yang mengajar saya tentang cara menunaikan umrah serta haji.

4. Lengkapkan Diri Layak Jadi Tetamu Allah
Bukan Duit Yang Berjuta Juta Akan Tetapi Hati Yang Rindu Untuk Bertemu KekasihNYa  Iaitu Allah Dan Rasulullah SAW.
a) Perbanyakkan Taubat, solat sunnat taubat & istiqfar 100x setiap hari.
b) Perbanyakkan Selawat Keatas Nabi SAW , sekurang2nya 100x setiap hari , terbaik setiap waktu.
c) Berkhidmat Kepada Kedua Ibu Bapa. Sekiranya Sudah Meninggal banyakkan hadiah pahala amalan serta doa kepada mereka.
- sedeqah al fatehah & surah al ikhlas setiap waktu lepas solat
- mohon ampun untuk mereka.
- sedeqah atau wakaf atas nama mereka
d) Perbanyakkan Solat Sunnat Rawatib, Dhuha, Tahajud dll.
e) Memberi khidmat kepada manusia samada di surau , masjid atau rumah anak yatim.

5. Persiapan Fizikal
Iaitu Stamina dan juga Kesihatan. Anda Perlu berlatih berjalan setiap hari. Ini kerana jarak masjidil Haram ke Hotel Adalah Sejauh 500m. Anda Akan Berulang Alik Sejauh 5km setiap hari serta 3.5km lagi untuk mengerjakan umrah. Sekiranya Anda Ingin Mengerjakan Umrah Setiap Hari , Anda Harus berlatih berjalan sejauh 8.5 km setiap hari.
Menziarahi Gua Hira Anda Perlu Mendaki Jabal Nour. Mendaki Jabal Nour Pula Anda Perlukan Latihan Mendaki Bangunan Setinggi 60 tingkat iaitu setinggi KLCC. Biasanya Pendakian Pada Waktu Malam. Sebaik2nya pakai kasut yang ringan atau kasut joging. Sekiranya pakai selipar ditakuti Ianya putus ditengah - tengah pendakian. Dinasihatkan Bawa Air Zam2 Sewaktu Pendakian Kerana Tekak Akan Rasa Kering Sesampainya Dipuncak Bukit.

6. Persiapan Asas
a) Wang Rm 5,190 Untuk Tiket, visa , hotel & bas pengangkutan.
b) Suntikkan Meningitis Rm 150
Untuk Tempoh Selama 3 Tahun.
c) Sepasang Kain Ihram Rm 80(lelaki)
d) Selipar Rm 12(lelaki)
e) Tali Pinggang Rm 25(lelaki)
f) Telekung Rm 80(wanita)
g) Sarung Lengan Rm 10(wanita)
h) Stokin Tebal(wanita)
I) Baju Kurung / Jubah Labuh(wanita)
j) Gambar 4x6 Untuk Visa & Tag Nama
k) Ubat-ubatan, soket charger, plastik hitam, minyak panas, minyak kapak.


Ulasan

Catatan Popular