12 Petua Murah Rezeki



 1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing2 yang datang singgah.

 2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payah anda, untuk di sumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.

 3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.

 4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap sebulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.

 5. Jika kamu hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang2 yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dan lain2).

 6. Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya sebagai sedekah atau hadiah.

7. Belilah mushaf (al quran) letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.

 8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kpd mereka2 yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.

9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.

10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepada anda, dari menghina, menyebarkan fitnah dll.

11. Setkan pada handphone kamu, penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

 12. Kirimkan mesej ini ke semua kenalan. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga kita pun akan diberi pahala kerananya.

Selamat bersedekah..
Semoga diberikan rezeki melimpah ruah.
Aamiin Ya Rabbal Alamien.

Ulasan

Catatan Popular