Soalan Di ‛LUAR KOTAK' :



Baru-baru ini saya menerima soalan
Di 'LUAR KOTAK' :

Ustaz, apa lagi kepentingan bacaan Al-Quran bertajwid selain pahala dan berkat ?

MasyaAllah. Ini soalan sukar yang ditunggu-tunggu. Akhirnya ada juga yang memikirkan kepentingan tajwid
Al-Quran secara serius.

Saya jawab :
“ Tuhan ni banyak mendidik kita ‛directly’ dan ‛indirectly’ dan ketika membaca Al-Quran, Dia sedang menanamkan beberapa karakter baik indirectly.”

Ini apa yang saya alami, pengajaran yang Tuhan kongsi ketika kita membaca Al-Quran dengan tajwid yang teratur :

1 - Tuhan sedang mendidik karakter 'teliti'. Apabila kita baca Quran bertajwid, kita akan fokus hingga ke detail terkecil. Kita akan lebih teliti dan accurate. Nak sebut huruf Kho pun kita beriya masukkan hingga pangkal tekak.

Mad 6 harkat kita sukat dengan tepat agar tak jadi 7 harkat. Kan ini karakter ‛precise dan detail’ ?

Bayangkan jika karakter ini kita bawa dalam hidup. Mesti ramai yang sukakan hasil kerja kita kan?

2 - Kita sedang berlatih karakter 'calm personality'. Orang yang baca dengan tajwid teratur akan sentiasa menjaga nafasnya. Dia akan tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan perlahan-lahan ketika membaca. Dia juga akan ada masa untuk tadabbur setiap ayat apabila bacaannya dialunkan satu-persatu. Orang sebegini hidupnya pasti teratur, tersusun dan tidak 'hire-wire', sebab dia berlatih karakter tersebut setiap hari ketika membaca Al-Quran.

3 - Kita sedang meningkatkan tahap 'alert personality'.

Bukankah ketika membaca Al-Quran kita akan sering bertemu hukum tajwid yang berbeza-beza dan ia bertukar secara tiba-tiba?

Elok kita baca mad tiba2 depannya ikhfa! Terus fikiran kita alert tu kena dengung 2 harkat tu dan masuknya separuh sahaja (ikhfa) bukan semua (idgham). Sikap ini penting sebab orang yang sentiasa ‛sedar-alert’ pasti hidupnya diuruskan dengan lebih cekap. Semua to-do-listnya disiapkan pada masa ditetapkan. Tiada yang terlepas pandang atau KIV. Everything 'done' menjelang malam. Dan ia bermula
dengan sikapnya ketika membaca Al-Quran.

Sebenarnya banyak lagi. Tapi 3 sikap itu pun dah bagus untuk kita. Baca Quran bukan setakat kejar pahala sahaja. Darinya kita sedar, bila 'dealing' dengan Allah, tiada yang sia-sia. Thats why orang yang kuat berdamping dengan Tuhan, hidupnya luarbiasa.

Bayangkan karakter ini terbina baik dalam diri anda dan juga anak-anak yang disayangi. Bayangkan ini manfaat yang anak anda 'serap' setiap kali ia membaca Al-Quran.

Tidakkah hati ibu-bapanya berbunga-bunga?



Ulasan

Catatan Popular