Routine Hidup Orang Berjaya - Eida Hassan
Perkongsian Dari Eida Hassan Anak Didik Dr Azizan Osman Merupakan Salah Seorang Dari Ratusan Jutawan Yang Terhasil Dari Program Seminar Richworks. Semoga Anda Dapat Inspirasi Dari Perkongsian Beliau.
Ini cerita betul , bukan mitos , Cerita dongeng!!! ke apa . Saya suami isteri kawin muda lepas belajar . Lepas kawin 'kosong ' , duit zero . Kawan2 lain semuanya kerja , kami tak nak kerja makan gaji . Kami nak berniaga . Kami sehingga sekarang ingin berpaksikan hidup naj berubah demi Allah. Dulu zero , sekarang dah boleh tolong mak ayah , rumah selesa , ada kereta selesa , makan mewah , ade duit simpanan boleh kata banyak juga la. Kiranya kekadang tak tahu macam mana boleh senang macam sekarang . Kita kekekadang lupa Allah ada juga. Banyak cara sebenarnya Allah boleh tolong kita kalau kita minta dengan DIA . Kalau minta dengan manusia siapa nak layan.
Dulu tak solat, sampai lupa dah ayat2 semua , kena baca balik buku cara cara nak solat , perlahan lahan belajar solat. Sesungguh dulu tak tahu yang solat ini tak boleh tinggal , oleh kita kena berusaha sungguh sungguh untuk taubat.
Suami saya setiap hari solat dhuha , dia buat yang mana termampu saya tak mampu yang tu . Tiap pagi dia akan solat dhuha , tak boleh tinggal kata dia solat. Bagi dia solat dhuha tu wajib . Sebab kita tak ada boss . Boss kita Allah . Jadi kena presentation lebih pada Allah.
Dulu orang gelak kami niaga online , sekarang alhamdulillah ramai kawan2 and keluarga mula nak berniaga juga .
Dulu saya ingat hidup kena ini perlu 80% usaha , 20% tawakal . Tapi sebenarnya perlu kepada 80% tawakal , 20% usaha . Dari dulu saya seorang yang pentingkan usaha , exam wajib stay up malam , kena usaha .
“ Solat tak payah . Apa ada dengan solat dapat A juga ”.
Inilah ayat seorang jahil . Astagfirullah
Saya bercakap jujur , ini pengalaman saya sendiri .
Sila amalkan ini.
✅ Maksud REZEKI
- kasih sayang
- kewangan
- kesihatan
- ibadah
✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000
✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dengan mak.. Mintak mak redha dengan apa yang kita buat..
✅ Nak rezeki melimpah ruah. Buka tabung-tabung berikut:
1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak
**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan pihak pengurusan, macam mana nak buka tabung tabung tersebut**
✅ Ramai yang sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA Dan TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)
AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT
1⃣ Solat awal waktu
Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada di masjid.
2⃣ Solat Dhuha
- eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
- Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)
- Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan, Setiap 2 rakaat kena beri salam.
✅ Jadilah JUTAWAN yang memberi manafaat pada orang lain!
3⃣ Tahajjud
- buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten
- Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia, kalau orang tak nak kita akan frush kecewa! Tapi present plan pada Allah. Kita tak akan rasa kecewa. Merengek merintih pada Allah ,
Apa yang kita nak!
Apa yang kita impikan!
Apa yang kita nak capai dalam hidup!
Biar jelas. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..
- Mintak semua pada Allah. Nak pakai Ferrari. Nak ada RM10 juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun. Nak hantar maka ayah pergi umrah tahun ini. Nak beli rumah bunglo. Impian kena jelas!
Minta semua pada Allah.
Minta yang besar besar terus sebab Allah Maha Kaya, Maha Pemurah!
✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yang Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun2 tak bayar. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ade sorang peserta tu adik dia pinjam 98 ribu dah bertahuntahun orang tak bayar.Lepastu dia belajar redha. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yang 10 tahun lepas punya kes..
4⃣ Sedekah
- beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macam ni dengan penuh perasaan)
Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh. Masukkan dgn penuh perasaan & doa pada Allah. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan , sedekah pada masjid , rumah kebajikan atau maahad tahfiz dll..
Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!
5⃣ Baca Al-Quran
- paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan. Buat setiap hari. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..
6⃣ Istighfar setiap hari 100x
- baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari. Lagi bagus setiap solat 100x. Lepastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..
7⃣ Jaga Wuduk setiap hari
- latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe! Contoh dalam wuduk lepastu pegi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambil wuduk pulak.. Lepas dah jumpa client baru la ambik wuduk sebab masih dalam proses latihan.. Bagi kelonggaran pada diri. Jangan berubah secara drastik. Buat ansur ansur.
“ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA ”
TEKNIK NAK MEREDHAKAN SESUATU
Setiap kali lepas solat.. Pejam mata.. Pastu letak tangan kanan atas dada kiri.. Tarik nafas macam biasa.. Rasakan degup jantung kita.. Pastu bayangkan muka mak.. Mintak maaf pada mak jika ada salah..maafkan mak jika mak ada salah..mintak mak redha kan semua yg kita buat.. Pastu bygkan muka ayah.. Buat benda sama.. Pastu bygkan muka isteri.. Muka suami.. Muka anak2.. Maafkan semua orang..
Buat selama 7 hari! Subhanallah tunggu perubahan luarbiasa dari Allah..
Semoga bermanfaat dan dijadikan pengajaran untuk kita semua...





Ulasan
Catat Ulasan