Kurniaan Allah Kepada Orang Yang Mengerjakan Umrah Serta Menziarahi Nabi SAW.

120 Rahmat Di Berikan Kepada Pengunjung Baitullah

             

لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ،

 إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ         
“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu.”  (Hadis riwayat Muslim)

 Ibadah Haji mengikut kebiasaan sebutan orang adalah‘haji besar’  manakala  ibadah  Umrah pula disebut ‘haji kecil’. 
Musim Haji bermula daripada 1 Syawal hingga 10 Zulhijjah(hari raya puasa hingga hari raya haji), manakala Umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa termasuk di luar musim haji. 

     “Umrah dari segi syarak pula ianya adalah mengunjungi Baitullah Al Haram di Mekah untuk mengerjakan ibadat-ibadat  yang tertentu di sana.”

1. Keampunan Dari Allah.
Allah menyediakan ganjaran cukup besar bagi sesiapa yang mengerjakan umrah dan haji . Rasulullah SAW bersabda: 
Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.”                                        (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


100 000 Pahala Bagi Orang Yang Solat BerJemaah

2. Pahala Solat Jamaah .
satu sembahyang di Masjidil Haram di Mekah di beri seratus ribu (100,000) pahala lebih dari satu sembahyang dalam mana-mana masjid lain dari Masjidil haram, dan satu sembahyang di masjid Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam di Madinatul Munawarah, di beri seribu (1,000) pahala lebih dari satu sembahyang di mana-mana masjid yang lain melainkan di masjidil haram di Mekah bagaimana tersebut dalam hadith-hadith nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam seperti suatu hadith marfu’ berbunyi:
صلاة فى مسجدى هذا أفضل من ألف صلاة فيما سواه من المساجد إلا المسجد الحرام، وصلاة فىالمسجد الحرام، أفضل من مائة صلاة فى مسجدى.

Ertinya: 
“Satu sembahyang dalam masjid saya ini (di Madinah munawarah yaitu masjid yang ada pada zaman Shallallahu ‘alaihi Wasallam sekadar seratus hasta panjang, dan lebar dan ruangan yang lebih itu tambahan-tambahan di atas masjid nabi itu), lebih afdhal lebih utama dari seribu sembahyang dalam mana-mana masjid, melainkan Masjidil Haram di Mekah , dan satu sembahyang dalam Masjidil Haram , lebih afdhal lebih utama dari seratus sembahyang dalam masjid saya."

Hadis ini diriwayatkan oleh Al Imam Ahmad dengan isnad yang sahih, dan Ibnu Habban, dalam sahihnya dan telah disahkan oleh al Imam Ibnu Abdil Bar dan ia berkata yakni hadith itu ialah menjadi suatu hujjah dan dalil ketika dalam perbahasan. 
Serta sebanyak 3.5 Juta gandaan pahala selama 7 hari Di Makkah iaitu bersamaan seorang yang bersolat jemaah di masjid lain selama 72 tahun.

Hal ini dikuatkan dengan sabda Nabi shallallahu álaihi wa sallam
لا تشد الرحال إلا إلى ثلاثة مساجد: المسجد الحرام ومسجدي هذا والمسجد الأقصى
Tidak boleh mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid; Masjidil Haram, masjidku ini (Masjid Nabawi), dan Masjidil Aqsa.” 
(HR. Al-Bukhari dan Muslim)


Orang Yang Melakukan Tawaf Dikurniakan 60 Rahmat

3. Mendapat Kurniaan Rahmat ALLAH.
Pada keseluruhannya Kaabah adalah suatu binaan yang mulia penuh dengan keberkatan. Al Tabrani meriwayatkan di dalam al-Mu`jam al-Kabir daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah SAW menyatakan:
Sesungguhnya Allah menurunkan pada setiap hari dan malam 120 RAHMAT di BAITULLAH ini : 60 Rahmat untuk orang yang MELAKUKAN TAWAF, 40 Rahmat bagi orang yang MENDIRIKAN SHALAT, 20 Rahmat bagi orang yang MEMANDANG KE ARAH KA’BAH” 
(HR.Thabrani)

Sebanyak 840x Rahmat dikurniakan Allah selama 7 hari hasil dari tawaf, solat serta memandang Kaabah.

Diantara 8 Tempat Mustajab DOA

4. Dimakbulkan DOA.


Multazam merupakan bagian dinding yang terletak antara Hajar Aswad dan pintu Ka’bah yang memiliki panjang sekitar 2 meter.
Dari Ibnu Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:
“Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” 
(HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).
5. Ibrah Dari Perjuangan Nabi SAW.
Pemandangan Masjid Nabawi Dari Arah Pintu Jibrail

6. Mendapat Syafaat Nabi SAW.
Didalam hadits Abu Hurairah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :
وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ فِي يَدِهِ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى أَحَدِكُمْ يَوْمٌ وَلَا يَرَانِي ثُمَّ لَأَنْ يَرَانِي أَحَبُّ إِلَيْهِ مَنْ أَهْلِهِ وَمَالِهِ
Demi Dzat, yang jiwa Muhammad di tanganNya (Allah). Pasti akan datang pada salah seorang dari kalian satu waktu, dan ia tidak melihatku, kemudian melihat aku lebih ia cintai dari keluarga dan hartanya”.

Dari Ibnu Umar, telah bersabda Rasulullah Saw,
 “Barang siapa berziarah kepadaku setelah aku meninggal, maka seakan-akan ia berziarah pada waktu aku masih hidup.”                        (HR. Baihaqi, Daruqutni, dan Tabrani)
Banyak hadits yang menguraikan keutamaan ziarah. Dalam hadits lain dikatakan,
 “Barang siapa datang menziarahiku tanpa tanpa tujuan lain kecuali  untuk berziarah kepadaku, maka aku berhak menjadi pemberi syafaat baginya di hari kiamat.”                      (HR. Ath-Thabrani dari Ibnu Umar).

7. Pahala Solat Jenazah Setiap Waktu.
Sebanyak 50 qirat. 


عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; 
“Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar.”
Muttafa'un 'alaihi.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ » . رواه اِلْبُخَارِيِّ

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; 
“Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirad. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja.” 
Hadis riwayat Bukhari.
Gunung Uhud Di Madinah Ini Sepanjang 7 Kilometer

Ulasan

Catatan Popular