Cara Power Untuk Selesai Hutang Piutang




HUTANG ADALAH MASALAH REGULAR YANG MELANDA KEBANYAKAN MASYARAKAT KITA. SEHINGGAKAN ADA DI ANTARA KITA YANG HILANG ARAH, BLANK, KELUH KESAH, TERTEKAN SERTA SEOLAH-OLAH PENAMAT DI DALAM HIDUP.


B I L A  K A M U  B A C A, 
A L L A H  A K A N  H I L A N G K A N G U N D A H - 
G U L A N A  D A R I  H A T I M U  D A N  A K A N
M E L U N A S I  H U T A N G - H U T A N G M U


Keadaan ini pernah berlaku pada zaman Nabi saw. Namun Nabi saw TIDAK menyelesaikan hutang Sahabat yang mengadu kepada Baginda saw dengan meminta Para Sahabat r.hum yang lain mengumpulkan dana.


Sebaliknya Nabi saw mengajarkan mereka dengan satu DOA yang cukup powerful.


Bukan hanya dengan berdoa semata-mata hutang boleh settle, namun ia disertakan sekali dengan penstukturan aturan kewangan yang berhemah.


Insha Allah, Allah akan bantu dari sumber yang kita tidak jangkakan. Amalkanlah doa yang hebat ini.


Doa + Usaha + Tawakal = Bebas Hutang


Abu Said Al Khudri r.hu berkata, suatu hari beliau masuk ke masjid. Tiba-tiba beliau bertemu seorang Ansar yang bernama Abu Umamah.


Rasulullah SAW bertanya,

"Wahai Abu Umamah..! Mengapa kamu duduk-duduk di masjid di luar waktu solat..?"


Abu Umamah r.hu menjawab,

"Kerana kegundahan yang melanda hatiku dan hutang-hutangku, wahai Rasulullah..!"


Rasulullah saw bersabda,

"Bukankah aku telah mengajarkanmu beberapa bacaan, yang bila kamu baca niscaya Allah akan menghilangkan rasa gundah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu..?"


Abu Umamah r.hu berkata, "Betul..! Wahai Rasulullah..!"


Rasulullah saw bersabda, "Ketika pagi dan petang ucapkanlah..!


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ 
وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَل
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ
 وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِالرِّجَال


Allahumma inni audzu bika minal hammi wal hazani, wa audzu bika minal ajzi wal kasali, wa audzu bika minal jubni wal bukhli, wa audzu bika min gholabatid daini wa qohrirrijaal. (3x)


Ya Allah..! Aku berlindung kepada-Mu dari kegelisahan dan kesedihan..!
Dari kelemahan dan kemalasan..!
Dari sifat pengecut dan bakhil..!
Dari beban hutang dan dari tekanan manusia..!" (3x)


Kata Abu Umamah r.hu lagi,

"Kemudian aku pun melakukan apa yang diajar itu..! Maka Allah telah menghilangkan rasa gundah dan keluh kesah dari diriku dan melunasi hutang-hutangku..!"

(HR Abu Daud)


Doa ini baik sekali dibaca ketika sedang berada dalam kesusahan dan dililit hutang. Hal demikian yang diajarkan Nabi saw kepada Abi Umamah r.hu.

Doa tersebut dibaca oleh Abu Umamah r.hu setiap pagi dan petang. Setelah membaca doa tersebut, paginya Abu Umamah r.hu terbebas dari kesusahan dan hutangnya terlunas.


AKU MAU 
JADI ORANG YANG BEBAS 
DARI HUTANG DENGAN MAKHLUK


A K U  P A S T I
T A K  A K A N  T E R B A L A S
H U T A N G  N I K M A T
T E R H A D A P  A L L A H  S W T


Amalkan dengan yakin dan semua gundah-gulana akan hilang dan hutang-hutang akan terlunas. Meyakini janji-janji Allah

Ulasan

Catatan Popular