8 SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA ALLAH



Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya di dalam diri manusia
 terdapat segumpal darah, apabila ia baik, 
maka baik pula seluruh diri 
dan amal perbuatan manusia, 
dan apabila ia buruk maka rusaklah seluruh diri 
dan amal perbuatan manusia. 
Ingatlah, ia adalah hati.” 
(HR. Bukhari dan Muslim)

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Rasulullah SAW bersabda: “Allah Azza wa Jalla berfirman (dalam hadits Qudsi): 

“Barangsiapa yang mengerjakan suatu amalan yang diarahkan sebagai menyekutukan ZatKu dengan selainKu, maka semua amalannya adalah untuk apa yang dijadikan sekutuKu tadi, sedang Aku lepas sama sekali daripadanya. Aku adalah sekaya-kayanya orang yang kaya dari perbuatan syirik itu (yakni Aku paling tidak membutuhkan sekutu itu)”.

Beliau SAW bersabda pula: 

“Sesungguhnya yang amat aku takuti dari segala hal yang kutakuti atasmu itu ialah syirik kecil” Para sahabat lalu bertanya: “Apakah syirik kecil itu ya Rasulullah?” Beliau SAW menjawab: “Yaitu riya (pamer). Allah Azza wa Jalla berfirman pada hari kiamat, yaitu diwaktu sekalian hamba melihat hasil-hasil amalannya: “Pergilah kamu semua kepada apa yang kamu jadikan bahan pameran (riya) di dunia. Lihatlah apakah kamu semua memperoleh balasan dari mereka itu?” (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Baihaqi)

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

 - Petikan hadis daripada Muaz bin Jabal.

 Muadz bin Jabal bin Amr bin Aus al-Khazraji, dengan nama julukan “Abu Abdurahman”, dilahirkan di Madinah. Ia memeluk Islam pada usia 18 tahun, Ia mempunyai keistimewaan sebagai seorang yang sangat pintar dan berdedikasi tinggi. Dari segi fisik, ia gagah dan perkasa. Allah juga mengaruniakan kepadanya kepandaian berbahasa serta tutur kata yang indah, Muadz termasuk di dalam rombongan yang berjumlah sekitar 72 orang Madinah yang datang berbai’at kepada Rasulullah. Setelah itu Muadz kembali ke Madinah sebagai seorang pendakwah Islam di dalam masyarakat Madinah. Ia berhasil mengislamkan beberapa orang sahabat yang terkemuka seperti misalnya Amru bin Al-Jamuh. 

Pada waktu Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah, Muadz senantiasa berada bersama dengan Rasulullah sehingga ia dapat memahami Al-Qur’an dan syariat-syariat Islam dengan baik. Hal tersebut membuatnya di kemudian hari muncul sebagai seorang yang paling ahli tentang Al-Qur’an dari kalangan para sahabat. Ia adalah orang yang paling baik membaca Al-Qur’an serta paling memahami syariat-syariat Allah. Oleh sebab itulah Rasulullah memujinya dengan bersabda, “Yang kumaksud umatku yang paling alim tentang halal dan haram ialah Muadz bin Jabal.” 
(Hadist Tirmidzi dan Ibnu Majah). 

Ia meriwayatkan hadist dari Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Umar dan meriwayatkan darinya ialah Anas bin Malik, Masruq, Abu Thufail Amir bin Wasilah. Selain itu, Muadz merupakan salah satu dari enam orang yang mengumpulkan Al-Qur’an pada zaman Rasulullah.

Ambil Seminit Untuk Muhasabah diri.

Ulasan

Catatan Popular