Solat Saf Pertama - REBUTLAH
Saya antara yang cuba untuk rebut solat di saf pertama apabila solat di masjid. Tetapi kalau LAMBAT saya tak akan bertolak atau berebut untuk mendapatkannya sebab itu bukan lagi hak saya.
Saya tak suka dan tak nak melangkah orang ramai untuk ke hadapan semata nak saf depan tetapi DATANG LEWAT.
Secara PRINSIP ASASnya, datanglah awal2 jika nak solat di saf pertama yang fadhilatnya amat besar di sisi Allah SWT.
SOLAT SAF PERTAMA DI MASJIDIL HARAM.
Mungkin disebabkan saya ni memang suka mengejar solat di saf pertama bila berada di masjid2 maka Allah swt bukakan HIJAB KEFAHAMAN bila saya berada di dalam Masjidil Haram. Tidak pernah saya baca mana2 buku yang menceritakan pengalaman solat di saf pertama Masjidil Haram. ALHAMDULILLAH bila ALLAH nak bagi kita faham maka DIA bagi kita pengalaman untuk kita PELAJARINYA.
Pengalaman TERINDAH bila dapat solat di saf pertama Masjidil Haram memanglah amat mengujakan saya sebab saya tak terfikir dan tak terkejar pulak nak solat di saf pertama bila berada dalam masjidil haram kerana tiada ilmu mengenainya.
Saya share sedikit macamana Saf Pertama di Masjidil Haram di bina oleh para jemaah apabila nak waktu waktu. Ianya berlaku kira2 setengah jam (30min gitu) sebelum azan dilaungkan. Jadi anda hendaklah berada berdekatan dengan Kaabah ketika itu , akan ada gap di antara Kaabah dan orang yg melakukan tawaf. Memang ada ruang yang anda boleh berlegar2 sementara menunggu jemaah2 membina saf. Take your time dan observe betul2. Bukan senang nak menempatkan diri ke dalam jemaah ini. Anda boleh join mereka tapi ada beberapa tips yang anda kena tahu agar anda tak jatuh dek rempuhan jemaah yang sedang tawaf. Ianya akan berlaku dalam selang masa 5 min ke 10 min sahaja.
Tips 1
Adalah berdiri disebelah kanan jemaah yang bersaiz besar yang mampu menyerap asakan atau tolakan atau rempuhan jemaah yang tawaf. Saya tak faham kenapa ada yang suka merempuh tapi itulah yang saya nampak dan alami dari percubaan saya ketika itu. Kalau anda bersaiz kecil maka anda agak sukar nak menahan asakan dan rempuhan.... hati2 tau. Agak merbahaya jugak , tetapi itulah nilai saf pertama di Masjidil Haram.
Adalah berdiri disebelah kanan jemaah yang bersaiz besar yang mampu menyerap asakan atau tolakan atau rempuhan jemaah yang tawaf. Saya tak faham kenapa ada yang suka merempuh tapi itulah yang saya nampak dan alami dari percubaan saya ketika itu. Kalau anda bersaiz kecil maka anda agak sukar nak menahan asakan dan rempuhan.... hati2 tau. Agak merbahaya jugak , tetapi itulah nilai saf pertama di Masjidil Haram.
Tips 2
Adalah bawa air sikit untuk basahkan tekak sebab anda akan kehausan selepas itu. Sekiranya tak ada air maka anda minta ajer dekat jemaah yang sedang melakukan tawaf.
Adalah bawa air sikit untuk basahkan tekak sebab anda akan kehausan selepas itu. Sekiranya tak ada air maka anda minta ajer dekat jemaah yang sedang melakukan tawaf.
SOLAT SAF PERTAMA DI MASJID NABAWI
Pengalaman berbeza di antara 2 masjid ini. Jika kekuatan fizikal diperlukan di Masjidil Haram tetapi di Masjid Nabawi agak berlainan pulak.
Di Masjid Nabawi lebih teratur dan agak cool tetapi anda perlu datang agak awal ke masjid jika nak dapatkan solat di saf pertama buka sejam atau 2 jam bro , awal lagi daripada itu lagi untuk dapatkan saf pertama. Anda kena datang 3 jam atau 4 jam sebelum masuk waktu tapi itu pun nasib2 ajer sebab selalunya mereka yang duduk saf pertama jarang sangat bangun meninggalkan tempat mereka.
Selepas solat waktu, ada ruang yang dibenarkan kita stay di saf pertama dan ada ruang yang tak dibenarkan sebab laluan ini akan digunakan oleh jemaah untuk memberi salam kepada Baginda Rasulullah saw. Anda boleh rebut tempat ini masa habis solat atau from time to time anda boleh cilok jika ada jemaah yang bangun meninggalkan saf. Ada ketikanya mereka book the place untuk kawan mereka , yang ni memang payahlah nak slot in.
Ruang di saf pertama akan dibuka sikit demi sedikit kepada jemaah bila menghampiri waktu solat. Anda boleh berada di sekitar saf kedua atau ketiga dan ready untuk merebut saf pertama bila ia dibuka. By chance memang rendah sebab masing2 akan berebut untuk dapatkan saf pertama.
Fadhilatnya amat besar, jadi kenalah kita bersusah sikit untuk mendapatkannnya. Kalau tak mahu mencuba maka sampai bila pun anda tak akan merasai dan memilikinya.
Untuk mendapatkan saf pertama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi maka praktiskan lah untuk dapatkan di Malaysia dahulu. Kenalah rajin2lah ke masjid sebab kalau kita tak buat di sini maka saya rasa anda akan sukar untuk mendapatkannya disana. Jika tak mula sekarang maka janganlah kita harap nak mulakan di sana.
Di antara fadilat solat di saf pertama:
1) Menjaga kesempurnaan saf pertama sama seperti safnya para malaikat. Riwayat Jabir bin Samurah yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: ”Tidakkah kamu berbaris sebagaimana saf para malaikat di sisi Tuhan-Nya?” Kami bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimanakah saf mereka di depan Tuhan?” Jawab Nabi: “Menyempurnakan barisan pertama dan rapat benar dalam barisan.”
(Riwayat Muslim)
Daripada hadis di atas dapat kita fahami bahawa mereka yang memenuhi saf paling depan ketika solat adalah sama dengan saf para malaikat yang sentiasa menjaga kesempurnaan saf mereka dan saf para malaikat ini hampir dengan Allah s.w.t. Dari sini boleh kita katakan bahawa mereka yang berada di saf paling hadapan adalah orang yang paling hampir dengan Allah dan lebih mudah memperoleh rahmat-Nya.
2) Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada mereka yang berada di saf-saf paling hadapan. Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama.” Para sahabat bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua.” Rasulullah menjawab: “Ya, juga saf kedua.”
(Riwayat Ahmad).
Selawat
Menurut Dr. Fadhal Ilahi, makna selawat Allah atas mereka (yang berada di saf pertama) adalah seperti yang dikatakan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu: “Tazkiyah (Penyucian daripada dosa-dosa) terhadap mereka.” Selawatnya para malaikat pula: “Iaitu berbentuk doa dan permohonan keampunan.” Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan doa pengampunan daripada para malaikat.
3) Rasulullah memohon keampunan buat mereka di saf pertama sebanyak tiga kali. Daripada ‘Irbadh bin Sariyah bahawa Rasulullah memohon keampunan bagi mereka yang berada di saf pertama tiga kali dan untuk saf kedua hanya sekali.
(Riwayat Ibnu Majah).
Alangkah bahagia sekiranya orang yang paling mulia di atas muka bumi ini memohon keampunan untuk kita.
Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini.
Demikianlah beberapa keutamaan saf paling hadapan di dalam solat berjemaah. Yang amat dikesalkan terdapat ramai di antara kita yang tidak lagi memberi perhatian terhadap keutamaan-keutamaan ini.
Umat Islam di Malaysia seakan-akan tidak ghairah merebut saf pertama. Mereka lebih memilih untuk mendapatkan tempat yang membolehkan mereka bersandar dengan selesa seperti di tiang-tiang atau di dinding masjid, berdekatan dengan kipas dan pintu supaya dapat cepat keluar setelah selesai bersolat.
Ada pula yang datang awal ke masjid tetapi berborak dahulu di luar masjid sambil menghisap rokok. Alangkah ruginya mereka ini. Sesungguhnya Rasulullah menyatakan bahawa sesiapa yang secara sengaja memenuhi saf belakang, maka Allah akan membelakangkan mereka.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah melihat ada sebahagian sahabatnya yang tidak mahu maju ke saf pertama, maka baginda bersabda: Majulah dan ikutilah saya, sedangkan orang-orang di belakang harus mengikutimu pula! Sesuatu kaum yang selalu suka di belakang, tentu akan dibelakangkan pula oleh Allah. (Riwayat Muslim).
Adakah kerugian yang lebih besar daripada kerugian dibelakangkan oleh Allah? Oleh itu datanglah awal ke masjid untuk solat berjemaah dan rebutlah saf pertama.



Ulasan
Catat Ulasan