Ilmu Vs Title Kontroversi Bersama Azizan Osman
Saya pilih "ELMU".
Saya anak murid beliau. Bukan sekadar kelas percuma tapi kelas berbayar bertaraf VIP.
Saya mengambil manfaat yang banyak dari beliau dalam merubah persepsi saya terhadap kehidupan saya.
Saya menghormati beliau sebagai guru. Dan sememangnya saya menghormati semua guru saya sekalipun ada yang mengkhianati saya.
Allah izinkan saya mendapat manfaat itu
Allah izinkan saya mendapat banyak ELMU daripadanya
Allah izinkan saya berubah.
Allah izinkan saya memperolehi rezeki dari praktikal ilmunya.
Dan banyak perkara Allah izinkan perubahan itu melalui beliau. Saya percaya ramai rakan2 saya juga mengambil manfaat yang sama seperti saya
Saya tahu keberkatan Ilmu itu berbalik kepada anak murid. Sejauhmana anak murid menghormati guru, sejauh itu juga ilmu itu akan dibawa.
Anda ada guru?
Belajarlah menghormati guru atau sesiapa sahaja yang menyampai ilmu yang bermanfaat. Kerana dari situ kita akan berjumpa lagi dengan guru2 yang lebih hebat lagi.
Bagi yang ingin KUTUK, SINIS, BENCI. Silakan sekiranya itu kamu rasa ianya meringankan bebananmu dimahsyar.
Jangan kata saya membodek. Saya tak dapat jutaan ringgit dari status ni. Cuma ini sahaja yang saya mampu pertahankan guru saya dari dihina dan dikeji.
Jangan kata saya terlalu taksub kepada beliau. Kerana saya juga belajar perkara yang sama dari guru lain. Ada guru beliau juga guru saya.
Manusia tetap ada kelemahan. Semaksum Nabi SAW juga dikeji oleh sebilangan manusia, namun Baginda dipuji dan dimuliakan sehingga hari kiamat.
#weloveuazizanosman



Ulasan
Catat Ulasan