15 Tips MenCintai 'Sendiri Isteri Cantik' Anda
1. Jangan menjerit atau meninggikan nada suara apabila anda bercakap. Perbuatan itu sangat melukainya.
2. Jangan pernah sesekali membandingkan isteri anda dengan wanita lain. Jika wanita lain atau artis itu baik untuk anda,Tuhan pasti sudah memberikan dia kepadamu.
3. Berlembutlah dan bertolak ansur dengan isteri kamu. Dia sudah banyak berkorban untuk bersama anda. Ianya sangat menyakitkan dia bila anda berkasar dan menjengkelkan. Berlemah lembutlah.
4. Jangan sembunyikan apa-apa dari dia. Anda sekarang ini dah menjadi satu unit dan dia adalah teman sepanjang hidup anda. Biarlah tiada rahsia yang anda sembunyikan dari dia.
5. Jangan beri komen negatif tentang badan dia. Dia sudah mempertaruhkan nyawa dia dan kecantikan dia untuk membawa bayi. Dia adalah roh yang bernyawa bukan hanya sekadar darah dan daging.
6. Jangan benarkan badannya menentukan nilai dirinya. Sayangilah dan hargailah dia walaupun hingga ke hari tua.
7. Jangan pernah menjerit pada isteri anda di kalangan umum mahupun secara peribadi. Jika anda ada isu yang perlu dijelaskan dengan isteri anda, lakukannya didalam ruang peribadi di bilik anda.
8. Berterima kasih dan hargailah dia kerana menjaga anda, anak2 dan rumah. Ianya pengorbanan yang terbesar yang dia telah lakukan.
9. Semua wanita tidak boleh memasak dengan cara yang sama ; hargailah masakan isteri anda. Bukan mudah untuk dia memasak tiga kali sehari, 365 hari setahun untuk beberapa tahun.
10. Jangan pernah meletakkan adik beradik anda sebelum dia. Dia adalah isteri anda. Dia sudah menjadi satu dengan anda. Dia mesti didahulukan sebelum keluarga anda.
11. Berikan sedikit ruang masa untuk bermain dengan dia dan senangkanlah diri anda dengan kehadiran dia dalam hidup anda. Ingatlah, bila anda mati nanti, isteri anda akan menjenguk kubur anda tapi kawan2 anda mungkin akan menjadi terlalu sibuk untuk hadir ke pengebumian anda.
12. Jangan mempergunakan duit untuk memanipulasi atau kawal dia. Semua duit anda adalah milik dia. Rahmat Allah itu diwaris bersama dengan dia.
13. Jangan sekali - kali dedahkan kelemahan dia. Anda akan dedahkan diri anda juga. Jadilah perisai untuk sekeliling isteri anda.
14. Hargai Dan Hormatilah ibubapa dia serta berbuat baiklah kepada adik beradik dia.
15. Jangan pernah berhenti untuk memberitahu dia betapa anda sayangkan dia sepanjang hidup dengannya. Wanita tidak akan pernah penat mendengarnya.



Ulasan
Catat Ulasan