Belajar Sesuatu Dari Usahawan Muda Nur Aini Zulkepeli Story



ZAMAN KEJATUHAN EKONOMI

Apa yang saya sangat-sangat perasan, kebanyakan jawatan-jawatan besar seperti akauntan, human resources manager, general manager, personal asistant, kebanyakan yang datang interview semua daripada company besar yang ekonomi company sekrang memang drop sangat, ada yg dah nak tutup, ada company yang memang dah makin ramai buang pekerja.

Apa yang saya lihat pada zaman ekonomi sekarang, banyak sangat bsness yang drop, ada yg tutup, ada yg dah buang pekerja,vss, cut cost macam-macam, ini bukan company kecik, oil n gas, company yang buat juta-juta sebulan termasuk cmpany2 besar lain yg kita tengok dah banyak buat vss. Apatah lagi bsness kecil kecilan yg lain, ada yg dah ttup kedai, tak mampu bayar sewa kedai.

Ada jugak company yang boleh sustain sampai sekarang .

Tapi macam mana Nurraysa Beauty boleh meningkat sales berkali-kali ganda meningkat dari sebulan ke sebulan, dari sejuta ke 2juta, pencapaian yang sangat-sangat berganda, bagi pandangan saya lah, itu pencapaian cukup membanggakan, sehingga kan saya sendiri tak percaya apa yang tengah berlaku sekarang. Kami hanya company kecik, bermula dengan modal yang sangat-sangat rendah! Baru je hampir 3 tahun kami growth..

Saya hanya manusia biasa baru berumur 24 tahun , pernah merasai kejatuhan. Dan semua plan marketing company saya sendiri yg merangka strategi , tiada staf bahagian marketing sebelum ni dan sekarang ada seorang admin utk handle page , twitter , ig n whtspp hq.. Alhamdulillah daripada seorang staf , sekarang mempunyai 22 orang staf .
Tapi saya mempunyai 26 orang team monster stokis yg sentiasa support walaupun susah dan senang.. Beberapa orang antara mereka adalah yang follow saya sejak Nurraysa Beauty tidak dikenalipun. Tapi saya mempunyai suami yg sangat-sangat menyokong saya dalam bsness dan banyak mendoakan saya, berada sentiasa bersama susah dan senang.

Sebenarnya benda nie berlaku disebabkan beberapa perkara yang saya dapat buat kesimpulan:

👉 Keyakinan yang sangat kuat rezeki semua daripada Allah . Bukan daripada manusia.

👉Ilmu sangat-sangat penting.
Saya sangat-sangat bersyukur kerana salah seorang student daripada 7 orang titanium premier dr azizan osman. Dan apa ilmu yg saya gunakan memang saya follow exactly apa yang doc ajar. Sangat laburkan duit utk ilmu 75ribu, 100ribu setahun utk upgrade ilmu. Disini saya dapat ilham bagaimana air asia boleh naik pada zaman kejatuhan ekonomi, dan ini yang sedang saya buat. Dan juga The power of Branding. All marketing strategi saya hanya follow ape yang doc ajar.

👉Connection dengan Allah mesti kuat. Apa yang saya capai hari ini sebenarnya semua datangnya daripada redha Allah,rezeki daripada Allah, dan Allah nak saya bantu orang lain melalui perniagaan ini. Banyak idea, strategi juga sebenarnya datang sendiri apabila saya bangun tidur, tengah mandi dan macam-macam lagi. Allah juga hantarkan orang-orang hebat utk bantu saya.

👉Betulkan niat nak bsness, dan walaupun di atas, mesti teguh dengan niat kita nak bantu orang lain.

👉Matlamat yang jelas, FOKUS, jaga momentum

👉MENTOR yang proven success. pengalaman lebih mahal daripada ilmu , kerana ini yang akan menjadi shorcut utk kita berjaya.

👉Jage KUNCI KEJAYAAN iaitu suami dan ibu bapa .

Sebenarnya saya mula buat produk sebab saya nak bantu orang lain berniaga tanpa ada permainan harga, sebab saya pernah merasai jatuh bangun dalam bsness, salah satunya kerana tiada kawalan harga .

Semoga bermanfaat utk usahawan-usahawan lain. Klik SHARE utk saham akhirat anda supaya rakan- rakan anda dapat sesuatu ilmu baru.

#foundernurraysa

Ulasan

Catatan Popular