BAGAIMANA SUASANA DALAM RUMAH KITA?





Hari ini kebanyakan suami tidak mampu datang solat & belajar agama di masjid (termasuk saya & awak?). Maka suami tidak mampu mengajar anak isteri untuk memahami Agama.
Maka wujud 3 suasana di rumah-rumah di seluruh dunia:

1-Suasana Rumah Seperti Pawagam

(Rumah jadi seperti pawagam.. Tv dan Audio yang besar-besar. karaoke, video games.. seakan-akan berada di Pawagam. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian.. sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di tv. menangis bila tengok filem hindustan. ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas-pentas. ini kesan daripada suasana rumah seperti Pawagam)

2-Suasana Rumah seperti Hotel

(Suasana rumah yang dihias mewah seperti Hotel.. setiap tahun tukar sofa baru.. tilam mewah.. bilik air mewah..sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada ketika berada di rumah Allah.

3-Suasana Rumah seperti Restoran

(Suasana rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran.. setiap saat dalam kekenyangan.. fikiran hanya fikir makan dan minum sahaja.. fikir untuk penuhkan. perut.. peti ais penuh dengan makanan.. dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak)

4. Suasana rumah seperti rumah Baginda SAW dan Sahabat-sahabat di Madinah.

Suasana rumah seperti Madrasah.
Hidupkan suasana bacaan Quran dan Hadis di rumah. Hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran ALLAH dan suasana Ilmu di rumah. Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah.. Rumah penuh dengan Nur Quran Hadis..
ALLAH akan turunkan Rahmat.. Keberkatan.. dan Sakinah dalam rumah dan ahlinya. Keluarga hidup dalam keadaan bahagia. Lahirkan anak-anak yang alim alimah, Hafiz Hafizah,intelektual yang berwawasan agama dan Daie Daieyah yang memperjuangkan Agama di seluruh alam..

Oleh sebab itulah kita perlu berubah kepada kefahaman Agama agar suasana rumah tempat lahirnya manusia-manusia yang telah berubah. Suasana ini yang perlu kita wujudkan di rumahl-rumah kita. Hari ini anak-anak kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis dan macam-macam lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang. belajar tak pandai-pandai.. rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar Hadis. Sebab itulah kita perlu wujudkan suasana rumah seperti disarankan nabi, bacaan al-quran dan dengar kuliah-kuliah agama.


Ulasan

Catatan Popular