7 Tips Istiqamah Untuk Berubah.
Ustaz Dr Ahmad Kamal Ummah Care Berhad
“ Sebaik baik Ibadah Disisi Allah Adalah Istiqamah Yang Berterusan. ”
Bahawasanya Nabi SAW diberitahu tentang
ibadah solat malam seseorang wanita oleh Aisyah, maka dijawab oleh baginda SAW : .
”Wahai sekalian manusia, lakukanlah amalan sesuai dengan kemampuan kamu. Karena Allah tidaklah bosan sampai kamu merasa bosan. (Ketahuilah bahawa) amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah amalan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit.”
[HR. Muslim]
Tips istiqamah untuk berubah:
1. Matlamat yang jelas terhadap amalannya.
Sebab manusia ini suka mengumpat. An nawawi & Al Ghazali menyatakan ada 6 perkara perlu dijaga. Salah satunya mengumpat , kerana perbuatan itu akan memindahkan segala amalan yang baik kepada orang yang diumpat. Maka jadilah kita orang yang ‛muflis’ Di Akhirat.
2. Melazami Taubat.
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ
Allah berfirman "....Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada mereka sendiri..."
(Surah Ar Rad : 11)
3. Berdoa.
Allahu A inni Ala Zikrika Wa Syukrika Wa Husni Ibadatik
Minta dibantu mengingatinya.
Minta dibantu untuk bersyukur.
Minta diperbaiki amalan yang sedang dilakukan.
4. Berbuat amalan yang termampu walaupun sedikit.
5. Minta teman & sahabat yang baik serta yang istiqamah beramal.
6. Tolong jaga solat berjamaah. Kerana ianya akan membantu membentuk diri seseorang untuk berdisplin.
7. Syukur dalam setiap perkara yang berjaya dilakukan.
Kita sering mengeluh dan merungut dalam diam. Selalu juga rasa tak puas hati dengan apa yang kita ada, tapi tak buat apa-apa dengan keluhan dan ketidakpuasan hati.
Cuba Ubah cara kita berfikir & berkata2.
“ Ya ALLAH Terima Kasih. Walau pun sedikit tapi Engkau dorong aku untuk melaksanakannya, maka bantulah aku memperbaikinya.”




Terima kasih atas artikel ini..Semoga Allah SWT memandang kita dengan pandangan RahmatNya..
BalasPadamAamiin