7 Tips Bagaimana Nak Urus CASHFLOW?



Senarai ni apa yang anda perlu lakukan untuk pastikan bahawa pengurusan cash flow dalam perniagaan anda berjalan lancar:

1- BUAT AKAUN PERNIAGAAN. Macam mana nak tengok aliran wang tunai atau buat pengurusan cash flow kalau tak buat akaun perniagaan syarikat?

2- PANTAU AGAR PERNIAGAAN SENTIASA BERADA ATAS TAHAP 'BREAKEVEN' SALES. Kalau anda berjaya buat jualan dengan jumlah yang mencukupi untuk membiayai semua kos tanpa ada satu senpun keuntungan, itu namanya breakeven point. Sebab itu anda perlu lihat jumlah sales sekurang-kurangnya seminggu sekali dan pastikan ianya melepasi tahap breakeven. kalau tidak perniagaan anda akan mati kebuluran wang.

3- KAWAL HUTANG. Ini satu lagi masalah usahawan yang biasa berlaku. Kerja banyak tapi tidak dapat bayaran. Jika terlalu banyak sangat berlaku, perniagaan akan mati cepat. Tempoh masa juga penting dipantau, walaupun bayaran diterima, tetapi terlalu lewat, perniagaan akan mati juga. Catitkan semua penhutang dan kejar bayaran dari mereka, kalau malas nak buat semua itu, jangan kasi hutang, mudah saja.

4- ELAKKAN HUTANG LAPUK. Jika anda tak kawal hutang dan pembayaran, lama kelamaan hutang jadi lapuk dan tidak dibayar. Banyak perniagaan lingkup disebabkan masalah ini. Sekali anda tutup perniagaan, selama-lamanya hutang itu tidak akan dibayar. Jadi pasti ada polisi hutang yang jelas.

5- KAWAL STOK. Ada perniagaan terpedaya dengan promosi pembekal untuk beli banyak stok bagi mendapatkan harga diskaun. Jika anda mampu menjualnya dengan cepat. ok lah. Jika tidak anda akan hadapi masalah tak ada cash. Terlalu banyak pekerja yang tak ada kerja juga sama macam beli stok tapi tak jual. Jadi kawal pekerja dan juga stok yang dibeli ngam-ngam saja.

6- JAGA MODAL PUSINGAN. Jika anda ambil kerja terlalu banyak sampai tak cukup modal beli barang, anda akan kekeringan duit. Maknanya perlukan modal untuk beli barang bagi menjalankan kerja. Oleh itu berhati-hati dengan jumlah penerimaan kerja jangan sampai tak cukup modal.

7- JANGAN BUAT BELIAN ATAU PELABURAN MENGARUT. Ada juga kes bila syarikat baru ada duit lebih sikit, peniaga gunakannya untuk bina perniagaan lain yang tak ada hubung kait. Ada juga yang beli barang sekadar suka-suka sebab dia tahu perniagaan itu dia punya.


Ulasan

Catatan Popular