17 Tips Persediaan Memulakan Bisnes Bagi Seorang Usahawan.



NAK BISNES KENA ADA ILMU KENA ADA PERSEDIAAN

CHERAS; 6 OGOS 2016:
"Ilmu ini mungkin sesuatu yang tak biasa anda dengar kerana ia adalah dari pengalaman saya sendiri. Pengalaman inilah yang sangat bernilai kerana saya mendidik anda dari kesilapan saya yang lepas serta apa strategi berkesan yang telah saya pelajari dan gunakan untuk membina bisnes yang berjaya," kata Dr Azizan Osman kepada peserta program Hijrah Usahawan pagi ini.

Ini adalah Program Hijrah Usahawan Siri ke-2 Live yang dianjurkan oleh Richworks bersama TVAlhijrah untuk mendidik dan membantu lebih ramai orang menjadi usahawan yang berjaya.

'Persediaan Memulakan Bisnes' bagi seorang usahawan. Antara tipsnya:

1. Jangan meminjam.
2. Jangan berhenti kerja sekiranya anda belum pandai buat duit sehingga 5 atau 6 kali ganda dari income anda sekarang.
3. Tidak perlu memiliki kedai.
4. Tidak perlu stok yang banyak.
5. Mulakan sebagai dropship atau ejen.
6. Cari ilmu perniagaan & pemasaran.
7. Luaskan networking. Kewangan anda bergantung kepada kawan2 sekeliling anda.
8. Belajar dari pesaing anda.
9. Tulis matlamat bisnes anda untuk 3 ke 5 tahun akan datang.
10. Daftar syarikat anda samada enterprise atau Sendirian Berhad.

Dan banyak lagi ilmu, tip serta strategi membina bisnes serta menarik pelanggan. Semoga perkongsian hari ini menjadi sumber inspirasi kepada ramai peserta untuk  memulakan bisnes sendiri.

#AzizanOsman
#HijrahUsahawan
#TVAlHijrah

Ulasan

Catatan Popular