Nak Pergi Umrah Tapi Tak Cukup Duit!!

Hanya ada RM600 ketika mendaftar pakej umrah pada Februari 2015

Banyak  orang beranggapan hanya orang kaya dan berduit saja boleh pergi buat Umrah atau Haji. Saya tegaskan disini bahawa sebelum ini saya pernah memiliki wang sebanyak RM 230k pada 2006 hasil jualan rumah pemberian Arwah Ibu saya tetapi malangnya sehingga habis wang tersebut belum terniat di hati saya untuk ke Tanah Suci Makkah. Walaupun ada “ Duit dan kaya ” belum tentu Di jemput ALLAH.

Saya ingin melaksanakan Umrah ini pada  2013 bila dah habis wang simpanan. Sejak sahabat baik sewaktu Sekolah Rendah & Menengah dipanggil balik oleh Allah waktu itu dia baru berusia 48 tahun (incomeRm10k) setelah hampir 18 tahun menjalani bypass dengan kos harga sebuah Proton Wira(Rm40k). Baru saya rasakan betapa perlu saya bersyukur walaupun tiada pendapatan yang tetap tetapi masih boleh meneruskan kehidupan. Waktu itu saya masih menoreh getah dengan pendapatan Rm15 sehari akibat kejatuhan harga getah(Rm1.40-1.80 per kilo) di kebun yang saya beli pada 2001 (Rm11k/ekar) & 2006(Rm16k/ekar) atas nasihat murabbi mengenangkan tiada pendapatan tetap dengan anak 8 orang yang masih bersekolah.

Pada penghujung Dis 2014 sewaktu rakan sekolah rendah yang lain baru memperkenalkan perniagaan mesin kangen water, datang seorang kawan lama sewaktu belajar Di UTM. Waktu itu beliau telah bergelar Prof serta 2 Kali menjalani Ibadah Umrah Sunnat serta Haji wajib pada 2010. Dia  menceritakan pengalaman mula2 pergi Umrah & Haji. Menjadikan saya sangat tertarik dengan sifat Pemurah dan PenyayangNYA ALLAH menganugerahkan rezeki kepada beliau walaupun belum ada kemampuan di waktu ingin melaksanakan Umrah.

Bersama Prof Dr Shamsul Anuar di hadapan hotel Al Malak Taqwa

Dari seorang pensyarah biasa pada 2006 hinggalah bergelar Prof Madya pada 2012 antara Prof termuda di masa itu. Semua orang Di University beliau bertugas sangat terkejut. Sedangkan ramai yang lebih  senior pun belum boleh bergelar Prof. Inilah yang ALLAH sebut berulang2 kali dalam Al Quran sebahagiannya ada dalam Surah Yassin : Kun Fayakun,
Bila mana ALLAH kehendaki maka jadilah ianya.

Lepas pelawaan beliau kami berbincang suami isteri. Isteri saya berkata dimana nak dapatkan wang sebanyak RM 6,700 seorang untuk menunaikan Umrah. Sedangkan simpanan di waktu itu hanya ada RM 600.
Saya berkata mungkin ini jemputan ALLAH untuk menunaikan Umrah Wajib.
Setelah Berbincang sehari semalam ke esok harinya kami nyatakan setuju untuk ikuti beliau ke Mekah . Terus sahaja beliau ajak kami buat pendaftaran di Pejabat Fa Izin Travel & Tours besoknya. Katanya perkara baik jangan ditangguhkan. Nanti syaitan akan was2kan hingga gagal beribadah.

Dalam salah satu seminar Umrah yang dijalankan di tingkat 3 pejabat Fa Izin Travel. Ustaz Lokmanul Hakim Mutawwif, pembimbing Umrah & Haji, Pensyarah Di USIM, Salah seorang pemilik & penasihat kepada Fa Izin Travel pernah berkata: Percayalah ALLAH akan menggantikan segala perbelanjaan tuan2/puan2 untuk datang ke Tanah Suci bagi yang ingin menunaikan Umrah dan Haji semata mata kerana ALLAH SWT.

Sangat benar, ALLAH sangat2 Pemurah dan Penyayang. Sekelian hutang emas terlangsai dalam tempoh 4 bulan setelah pulang dari Umrah. Belum pernah berlaku dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini walaupun berhempas pulas sepanjang siang mencari rezeki. Tetap akan ada hutang yang tertunggak.

Bulan Syawal ini ALLAH jemput sekali lagi kami untuk pergi ke Tanah Suci. Walau pun kami cuti dari membuat & menjual kek batik disebabkan Ramadan Kareem yang berkat. Orang yang sama datang mengundang kami pada tahun lepas. Untuk Menunaikan Umrah Awal 2017. InshaAllah. Tabarakallah. Aamiin , Ya Rabbal Alamein.

Alhamdulillah! Umrah 2017 bersama anak-anak

Ulasan

Catatan Popular