KWSP Halal Atau Haram ?
Cara Bersihkan Dividen KWSP Yang Tidak Halal
Saya sudah lama mengikuti ceramah dari Ustaz Zaharuddin ini . Pertama kali tahu tentang beliau adalah ketika beliau sedang dalam proses membangunkan blog “domain berbayar” beliau sendiri iaitu di http://www.zaharuddin.net/. Dan sejak terbinanya blog beliau, saya banyak membaca tulisan beliau terutamanya tentang pelaburan, halal haram kewangan dan sebagainya. Sejak itulah saya mengenali beliau dan suka dengan cara pengampaian ilmu dari beliau yang terbukti mengikuti perkembangan semasa dan sangat sesuai buat pengetahuan orang muda.
Saya baru berkesempatan menonton sebuah video di YouTube oleh Dr Ustaz Zaharuddin. Sebuah video yang terbaru. Dan tajuk dari video tersebut adalah berkenaan dengan halal dan haram dividen KWSP. Dari tajuk tersebut pun telah membuat saya sangat tertarik dengan isi kandungan yang akan disampaikan. Kepada yang mengenali Ustaz Zaharuddin pasti bersetuju dengan saya bahawa, Dr Zaharuddin ini memang dipercaya dan terpercaya dikalangan ahli yang memang ahli dalam mengkaji halal haram suatu pelaburan. Setuju? Oleh itu saya terus menontonnya.

bayaran dividen kwsp tahun 2013 – image credit to http://www.astroawani.com/
Dividen KWSP Halal Atau Haram
Sebelum kita pergi lebih lanjut. Untuk pengetahuan anda, simpanan wang KWSP yang disimpan oleh pekerja swasta selalunya akan masuk ke dalam kwsp melalui potongan gaji. Wang dalam KWSP kita selalunya adalah dari Wang Potongan Gaji (kita) + Wang Dari Syarikat (majikan). Kalau anda lihat slip gaji anda, anda akan perasan yang wang gaji anda dipotong untuk disimpan dalam KWSP. Majikan juga ada memberikan wang mereka untuk dimasukkan ke dalam akaun kwsp kita.
Potongan Dari Diri Anda Terhadap Gaji = 11%
Potongan Dari majikan Terhadap Gaji Anda = 12%
Contoh ; Gaji anda sebulan RM3000. Gaji anda akan dipotong untuk KWSP sebanyak RM3000 x 11% = RM330. Majikan memberikan sebanyak RM3000 x 12% = RM360. Jadi simpanan KWSP untuk bulan itu adalah RM330 + RM360 = RM690 sebulan. Harap anda jelas
Sumber Potongan KWSP = [ employee’s and employer’s contributions ]
Saya harap anda sudah faham akan bagaimana sistem potongan KWSP berlaku. Mari kita lihat pula bagaimana dengan sistem dividen KWSP. Mengikut kata kata dari Ustaz Zaharuddin, secara purata KWSP memberikan dividen kwspsebanyak 6.25% setiap tahun.
Purata Dividen KWSP = 6.25%
Sumber KWSP Dividen = [ Dividen Rates ]
Hasil dari kiraan Ustaz Zaharuddin dan bersama rakan beliau. Beliau dapati JUMLAH DIVIDEN KWSP semasa pencen adalah mendekati sebanyak 35% dari jumlah kesemua wang KWSP anda dalam akaun KWSP. Contoh, jika semasa pencen anda dapati wang kwsp anda berjumlah RM100, 000, maka 35% dari RM100K iaitu RM35K adalah wang dari dividen kwsp.
Jumlah Peratusan Dividen KWSP semasa pencen = 35% daripada seluruh jumlah simpanan KWSP
Mengikut BERITA RASMI dari pihak KWSP, mereka telahpun menyatakan bahawa sebanyak 70% daripada jumlah dividen yang diberikan adalah dari sumber yang tidak patuh syariah (HARAM). Tadi saya ada katakan yang jumlah peratusan dividen adalah sebanyak 35% betul? Jadi 70% daripada 35% dividen itu adalah dari sumber tidak patuh syariah. Contoh. Jika jumlah dividen anda sebanyak RM35K. Maka 70% iaitu RM35K x 70% bersamaan dengan RM24500 adalah sumber haram dan hanya RM10500 (baki) adalah bersih dan halal. Harap anda jelas.
Peratusan Dividen Haram = 70% dari jumlah total dividen yang diberikan.
Sumber Hanya 30% Dividen KWSP Patuh Syariah = [ Berita KWSP ] *** hanya 1/3 patuh syariah.
Saya harap, hingga setakat ini anda sudah dapat poin poin penting yang perlu anda ketahui tentang bagaimana untuk mensuci atau membersikan wang kwsp anda dari dividen kwsp yang tidak patuh syariah (HARAM). Mari saya bantu anda untuk membuat contoh kiraan supaya anda lebih jelas dan memudahkan kita semua.
Cara Kiraan Mengasingkan Dividen KWSP Yang Haram
- Contoh setelah pencen. Wang dalam KWSP anda berjumlah RM1 juta iaitu RM1,000,000
- Mengikut Kajian Dr Zaharuddin, 35% adalah jumlah dividen yang anda terima selepas pencen iaitu = RM1,000,000 x 35% = RM350,000
- Baki Wang KWSP Pokok Anda adalah RM1,000,000 – RM350,000 = RM650,000
- Mengikut KWSP, 70% dividen yang diberikan adalah tidak patuh syariah iaitu RM350,000 x 70% = RM245,000
- Baki Dividen KWSP Halal adalah RM350,000 – RM245,000 = RM105,000
- Jumlah Wang KWSP Bersih anda adalah RM650,000 + RM105,000 = RM755,000
Secara kesimpulannya, dari RM1 juta simpanan kwsp anda. Hanya RM755K adalah bersih dan RM245K adalah haram. Saya harap anda sudah nampak akan cara kiraan yang boleh anda lakukan. Bagaimana dengan wang yang tidak halal dari KWSP ini. Dimanakah tempat untuk anda membelanjakannya jika anda sendiri tidak boleh gunakan. Dari apa yang saya tonton, wang tersebut boleh dibelanjakan untuk memberikan bantuan kewangan kepada yang tidak berkemampuan atau mempunyai masalah kemiskinan. Maaf jika ada dari maklumat yang saya berikan tidak tepat. Saya sudi untuk menerima teguran. Saya harap, artikel tentang dividen KWSP ini dapat dijadikan rujukan buat anda yang menyimpan di KWSP.


Ulasan
Catat Ulasan