Beberapa Tips Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar
minggu lepas dari penang balik ke taiping stering mula bergegar..suspek utama memang tayar lah puncanya..so pergi lah kedai tayar area taiping mnta dorg cek...ya memang betul tayar dah bengkak..esok nak ke melaka pulak..nak tak nk kena tukar juga. So tanya lah pomen tu harga tayar..yang second tayar korek pon dah rm80. Ini yang baru harga rm175/185. Baik ambil yang baru. Puas hati.minta dorg bawa keluar tayar tu nak tengok. Pomen tu pon bawalah tayar baru yang harga 175..
bila tanya tahun buatan tayar tu muka pomen dah mula cuak...baru dia habaq tayar tahun 2011. So apa lagi kena sound lah." Tayar lama you jual rm175 ke? You tahu tak tayar ni dah expired. Mana boleh jual harga ni!!!". Saya suruh dia pi tanya tokey berapa harga tayar tu. Mula² diorang bagi rm120. Dok minta kurang sampai dapat rm105 untuk sebiji tayar. Hrmm ... tayar korek pon dah rm80. Baik amik yg ni.so dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga rm420 rim 15'.
moral of the story..
Sebenarnya kita selalu dok kena tipu dengan kedai tayar..dorg akan keluarkan tayar yang lama untuk clearkan stock dan jual pada harga baru. So kalau yang nak tukar tayar tu hati² lah supaya kita tak tertipu. Di bawah ini ada senarai kod² yg patut kita tahu. Kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)
Info Pasal tayar kenderaan;
1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..
205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam
Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam
2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..
Contoh 0514..
Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..
Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..
Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..
Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua....



Ulasan
Catat Ulasan