SANTAPAN ROHANI SEPANJANG BULAN RAMADAN YANG MULIA
1. *Tilawah Al Qurān* sejuzuk sehari paling kurang.
2. *Solat Tarawih* minima 8 rakaat setiap malam.
3. *Solat Witir* minima 3 rakaat semalam.
4. *Beri makan orang berbuka puasa* walaupun dengan sebiji tamar setiap hari.
4. *Solat fardhu 5 waktu berjamaah* setiap hari.
5. *Tahajjud* setiap malam minima 2 rakaat.
6. Solat *Sunat Dhuha* setiap pagi.
7. *Sedekah* setiap hari minima seringgit.
8. Pastikan *bersahur* setiap hari.
9. *Iktikaf di Masjid* setiap hari walau sekadar 10 minit.
10. *Tadarus Al Qurān* sambil usaha memahami maksudnya.
11. *Ziarah* orang yang kurang bernasib baik.
12. *Kurangkan ziarah ke bazar-bazar Ramadan*.
13. Pilih *makanan Sunnah* sebagai menu harian.
14. *Elakkan membeli makanan dari tangan-tangan orang yang fasik*.
15. *Jauhkan aktiviti yang lagha.*
16. *Zikir harian*, banyakkan *berdoa*.
17. Lazimi bibir *berIstighfar* sekurang-kurangnya 100x dalam sehari.
18. Ajari diri dengan *sifat rendah hati* kerana *ALLAH*
19. Mudah *memohon maaf* dan *memberi maaf.*
20. Menjaga dan menghubung *Silatur-rahim*
21. Menjaga dan *menutup aurat* dengan sempurna
22. *Menjaga _lisan, pandangan, pendengaran & hati_* dari perkara-perkara yang dilarang.
23. *Tidak berlebih-lebihan* mahupun membazir dengan makanan terutama juadah berbuka.
24. Perbanyakkan *amalan-amalan sunat* - solat sunat rawatib.
24. *Lazimi sunnah RasuluLLAH SAW* yang ringan tulang dalam urusan rumah tangga (terutama suami & anak-anak lelaki)
25. Lazimi untuk *kawal dan tahan marah*, didik diri untuk lebih bersabar.
26. Lazimi lidah untuk sentiasa *bersyukur* dan memperbanyakkan syukur kepada ALLAH SWT di kala senang mahupun susah.
28. Menjaga *Ikhtilat* - hubungan antara lelaki dan perempuan.
29. Membayar *Zakat Fitrah* dalam waktu yang telah ditetapkan.
30. Ikhlaskan hati kerana ALLAH SWT - *hadirkan ALLAH SWT* di dalam hati, berusaha menjalani Ramadan kali ini dengan sebaik mungkin seolah-olah inilah Ramadan terakhir kita.
Mudah-mudahan kita semua mendapat segenap bantuan untuk dapat melaksanakannya.
Aamiin , Aamiin , Aamiin , Ya Rabbal Alamien.
#Ramadan4success
#warmingupramadan
#connectedtoallah
#kangenwater4life



Ulasan
Catat Ulasan