Ibu Bapa Dan Anak Sikap Yang Amat Berbeza Diantara Mereka
Hari ni dapat post daripada group kejiranan yang amat begitu cantik isi kandungannya..
Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tetapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa..
Anak- anak boleh bebas dalam rumah ibubapa
Makan apa sahaja...
Tengok siaran tv ikut suka...
Guna apa saja kepunyaan ibubapa ikut suka...
Tapi...Ibubapa tak boleh buat sesuka hati kat rumah anak- anak....
Tak boleh masak sesuka hati...
Makan apa yang ada dalam peti ais ikut suka.....
Buat apa sahaja ikut suka....
Anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa..
Begitu juga...Kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak.....
Anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati.....
Minyak penuh balik kosong pun ibubapa tak kisah.
Kalau rosak semua ibubapa tanggung...
Tapi...
Tak semua kenderaan anak-anak ibubapa boleh guna.....
Apatah lagi dengan sesuka hati.
Takut rosak lah...
Takut terlanggar lah...
Takut calar lah.....
Kalau guna pun...Pastikan minyak penuh semula.....
Kalau rosak pun ibubapa kena hantar pomen baiki sebelum bagi kepada anak- anak....
Itulah bezanya ibu bapa dengan anak- anak....Ibubapa sentiasa mengasihi anak-anak....
Tetapi anak-anak...
Belum tentu mengasihi ibubapa....
Mereka kasih kepada harta mereka melebihi dari ibubapa....
Mereka ada masa untuk membetulkan moto kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka tiada masa hantar ibubapa ke klinik bila emak memerlukan...
Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti...
Tetapi mereka tiada masa untuk cuti menziarahi ibubapa yang rindukan mereka...
Mereka sayang ambil cuti untuk melawat emak...
Sibok dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan...
Tetapi mereka tidak sayang mengambil cuti bila kawan baik berkawin...
Ibubapa ingin melihat anak-anak sempurna walaupun semampu yang ada..
Tetapi...
Anak- anak belum tentu boleh sempurnakan hajat ibubapa walaupun anak-anak berharta...
Bila isteri bercerita, suami tahu apa yang isteri mahukan...Tetapi bila ibubapa bercerita anak2 buat tak faham apa yang ibubapa mahukan...Ibubapa tidak akan meminta secara terus kepada anak2nya kerana ibubapa takut anak akan terasa hati.
Inilah diantara isi kandungan kuliah Ustaz Suhaimi yang sangat terkesan dan realistik dalam keadaan dunia di akhir zaman ini...
Mudah2an kita tergolong sebagai anak2 yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti..Inshaallah.
ربى أغفرلى ولوالدي وارحمها كما ربياني صغيرا


Ulasan
Catat Ulasan