Sedeqah Sangat Besar Bagi Kami Yang Miskin
![]() |
| Tell Me How Hard Is Your Life ? |
Dalam Fadilat Sedekah diceritakan orang yang suka memberi, Allah akan beri hidayah kepada anak-anaknya menjadi orang yang disayangi di bumi dan di langit.
Anak Jaafar r.a selalu membeli gula atau keperluan asas pedagang luar yang tak laku kemudian beri pada orang miskin. Pedagang yang merasai rezeki tak sangka-sangka tersungkur sujud dan orang miskin juga tersungkur sujud.
Pernah saya solat di luar masjid Bandar Baru Uda, air diberikan percuma masa tu saya budak-budak lagi. Peniaga itu dibayar oleh orang kaya untuk beri minum pada semua. Sedap air tu, sampai hari ini saya ingat. Pelajar asrama semua berebut minum. Kerana 50 sen besar buat kami masa tu. Sebab 20 sen pun tiada dalam dompet saya masa tu dan masa bekerja isi minyak tiba-tiba ada orang selit RM2 dalam poket. Saya gembira dan dapat beli ayam seketul makan dengan nasi masak kat bilik sewa. Kawan saya ada duit cukup beli 1 roti canai kongsi 2 orang.
Ya Allah yang mengasihi orang miskin. Rasulullah s.a.w berdoa, "Ya Allah, hidupkan saya dalam kalangan orang miskin, matikan saya bersama orang miskin dan bangkitkan saya bersama orang miskin. Berilah kami sifat sayang anak yatim dan orang miskin. Bersihkan hati kami dari kekotoran dan kegelapan." Semua orang baik dan mulia.
#tulisanasalustazebitlew



Ulasan
Catat Ulasan