Menikmatinya Solat.


SESUNGGUHNYA SOLAT ITU MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Lambang orang soleh , orang2 siddiq lihatlah pada solatnya. Solat penentu kepada Iman seseorang.

Hadith :
Barang siapa meninggalkan solat secara sengaja maka Kafirlah dia.

Apa tanda orang itu Siddiq ?
Membenarkan apa2 sahaja yang disampaikan oleh Rasullullah SAW. Serta melaksanakan segala apa2 yang diperintahkan oleh ALLAH serta Rasulnya.

Tidak masuk Syurga disebabkan amalan seseorang. Semua orang yang dimasukkan ke dalam syurga adalah dengan Rahmat ALLAH. Syarat penting untuk masuk syurga adalah Iman yang sempurna. Barang siapa ada sebesar zarah Iman akan dimasukkan ke dalam syurga.

Solat ini merupakan hadiah dari ALLAH. Sesungguhnya ALLAH tidak memerlukan solat yang dilakukan oleh hamba2nya. Walapun keselurahan Jin dan manusia tidak solat ianya tidak dapat mengurangkan Kekuasaan , Keagungan dan Kebesaran ALLAH SWT. Dosa meninggalkan solat lebih Besar dari melakukan sebarang maksiat zahir walaupun berzina atau menbunuh.

Apa maksud Laillahaillah ?

Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan ALLAH.

Tanda orang yang sembah Allah iaitu pada solatnya.

Solat berjemaah di Masjid ini fardu kifayah dalam mazhab Syafi'e tetapi dalam mazhab Maliki ianya Fardu Ain (wajib). Berdasarkan hadith diatas tadi.

Hadith :
Barang siapa  yang mendengar azan wajib baginya solat Di Masjid.
Ini disebabkan pertanyaan Ummi Maktum yang buta meminta kepada Rasullullah SAW untuk dikecualikan dari datang ke Masjid Nabawi. Sesungguhnya Ummi Maktum ini salah seorang dari Muazin di Masjid Nabawi.

Diantara Indahnya Solat :
1. Berikan tumpuan sepenuh hati dalam solat. Memahami keseluruhan apa yang dilakukan dalam solat yang dilakukan.
2. Elakkan dari perkara2 yang boleh membatalkan solat.
3. Rapatkan anak jari kaki, buku lali, betis dengan para jemaah.Rapat dan luruskan saf. Sesungguhnya syaitan akan duduk menggangu solat pada saf yang renggang dan tidak lurus.


Ulasan

Catatan Popular