BerIman Takuk Lama Lagi ?



Tuan Guru Baba Ahmad Mawi AlFatoni

Agama Islam ini asalnya Ghariban(asing) Dan akan kembali Dagang (asing) seperti asal kedatangannya. Akhir zaman ini Islam dipandang asing.

Awal perjuangan Rasullullah SAW adalah menyeru kepada Iman. Perjuangan menanam Iman ini berjalan selama13 tahun. Selepas Iman tertanam selama itu barulah dianjurkan beribadah.
Nabi mengajak masyarakat Di Mekah menyembah kepada ALLAH , tuhan yang ESA. Iaitu iktiqad Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Wahai manusia sembahlah kepada Tuhan yang ESA.


Sesungguhnya orang kafir dari kalangan ahli kitab(iaitu bangsa yahudi & nasrani) dan musyrikin akan dimasukkan ke dalam neraka kekal selamanya itulah seburuk2 tempat kembali.


Wahai orang2 beriman akan dikembalikan ke dalam syurga Adnin iatu sebaik2 tempat kembali Dan kekal didalam nya.

Iman ini Apa?
Iman ITU lawan kepada kufur.
Iman ini adalah persoalan yang berlaku didalam hati.
Iman ada 5 peringkat:

Iman Hakikatul Yaqin.
Imannya Rasullullah SAW. Nabi SAW diberi hadiah melihat zat ALLAH ketika Isra' dan Mikraj. Melihat sendiri Syurga Dan Neraka.
Diperlihatkan sifat

Iman Haqqul Yaqin
Iman para2 Nabi Dan Rasul.
Musyahadah terus kepada  Asma , Sifat Dan Asma ALLAH.
Kisah Nabi Ibrahim.

Iman Ainul Yaqin
Imannya para ulama2 amilin serta para wali ALLAH , orang khawas. Sentiasa mengingati ALLAH samada duduk , berdiri dan baring. Melihat akan sesuatu dengan matahati. Bertindak dengan pandangan hati serta ilham serta petunjuk dari ALLAH.


Iman Ilmu Yaqin
Orang yang belajar ilmu tauhid. Beriman atas dasar ilmu yang diketahui. Faham akan sifat Uluhiyah Dan sifat Rububiyah. Mahir akan sifat2 ALLAH. Kenal akan sifat2 Nafsiah, Salbiah, Ma'ni Dan Manauwiyah bagi ALLAH.

Iman Muqalid
Orang ikut2an.

Hendaklah berada dalam 4 golongan ini
1. Ahlul Zikrullah
2. Ta at Beribadah kepada Allah
3. Orang Alim yang beramal soleh.
4. Orang yang belajar atau menuntut ilmu, kasih kepada ahli ilmu.

Ulasan

Catatan Popular