17 Keutamaan Ahlul Qur'an
Di antara kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu Al-Quran.
1) Sebaik-baik manusia ialah yang belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah
insan yang diperlumbai amalannya
kerena tiada amalan yang lebih mulia dari membaca Al-Quran.
3) Yang mahir dengan Al-Quran akan bersama dengan para malaikat
yang termulia dan para Nabi A.S.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau yang manis yang mempunyai bau dan rasa yang enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga untuk ahli Al-Quran ialah sebanyak mana ayat yang dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yang terbaik ialah bacaannya menandakan yang ianya
takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota serta pakaian kemulian dan
akan mendapat keredhoan dari Allah SWT.
8) Sebanyak mana seseorang itu menghafal
Al-Quran sebanyak itulah ia telah menerima wahyu cuma bezanya ianya
bukan nabi.
9) Hafiz Al-Quran dapat memberi syafa’at untuk masuk syurga kepada 10
orang dari ahli keluarganya yang telah
wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yang beramal dengan Al- Quran maka akan terselamat dari kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kepada bacaan Al-Quran ialah orang yang paling cepat mendapat rahmat dari Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dalam
kalangan orang-orang yang lalai.
13) Pembaca yang bertajwid sempurna dapat 70 pahala bagi setiap huruf
(70×340 740= 23 851 800)
berbanding yang baca secara biasa.
14) Pembaca yang ikut hukum tajwid dapat pahala syahid.
15) Allah berbual dengan pembaca
Al-Quran.
16) Manusia yang paling dicintai Allah ialah
mereka yang paling pandai dalam ilmu Al-Quran.
17) Pembaca yang tahu makna Al-Quran adalah lebih mulia dari yang tidak memahami isi kandungannya .
Kongsikan kepada orang yang anda sayangi.



Ulasan
Catat Ulasan