11 Kesilapan Orang Yang Sedang Berniaga.
11 Perkara Buang Masa Dalam Perniagaan
Anda Ada Perniagaan Kecil Atau Besar Bukan Ukuran ?
Jual produk orang lain atau produk sendiri bukan faktor kejayaan tapi jika anda tidak tahu banyak perkara dalam perniagaan, anda sukar untuk pergi jauh. Ramai orang buat silap dalam perniagaan sehinggakan terpaksa bersusah payah dan bergolok bergadai demi membangunkan perniagaan.
Kami kongsikan 11 kesilapan besar dalam perniagaan yang selalu dilakukan. Jangan buang masa buat silap dalam perniagaan. Baca, cari ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dan teruskan tindakan.
1. Masalah Komunikasi:
Bila kita tidak berterus terang dalam berkomunikasi sesama kita; kita buang masa dengan salah sangka, ‘assumption’ sendiri, negatif dalam otak sendiri sedangkan perkara yang sebenar mungkin tidak sepertimana yang kita sangkakan.
2. Tak Jelas Arah Tuju:
Bila kita dan sesama kita sendiri tidak jelas tentang, apakah business model kita yang sebenar dan bagaimana kita bina sumber pendapatan syarikat kita.
3. Tak Tangkap Peluang:
Kita buang masa bila kita tidak maksimakan setiap peluang yang ada untuk pasarkan produk atau perkhidmatan kita.
4. Tak Ada Ketua:
Kita buang masa bila kita tidak letakkan “kepala” atau “anchor” yang bagus untuk memandu perniagaan kita.
5. Tak Kenal Pelanggan:
Bila kita tidak kenalpasti siapa pelanggan kita yang kita benar-benar ingin beri manfaat kepada mereka.
6. Tak Kenal ‘Ikan Paus’ Perniagaan:
Bila kita bukan sahaja tidak kenalpasti sejelas-jelasnya siapa pelanggan yang terbaik yang kita mahukan malah kita tidak jelas siapakah “ikan paus” yang paling bernilai dan berharga yang kita mahukan dan mahu berterusan tambah nilai kepada mereka. ‘Whale hunting’ sepatutnya misi utama syarikat kita.
7. Tak Tahu Kehendak Pelanggan:
Kita tidak tahu apa yang pelanggan mahu atau tidak mahu.
8. Tiada Kerjasama:
Kita buang masa berniaga bila kita tidak bekerjasama dan selari dengan semua komponen bisnes yang ada di sekeliling kita.
9. Berniaga ala Kadar:
Bila kita hanya fikir nak buat duit “kecil-kecil” sedangkan sebenarnya kita boleh buat duit “besar-besar” dan berpanjangan.
10. Tak Tahu Banyak Perkara:
Kita buang masa berniaga bila kita sendiri tidak jelas siapa kita, apa bisnes sebenar kita, siapa pelanggan terbaik kita, siapa pelanggan yang kita tidak mahu mereka menjadi pelanggan kita, apa misi kita dan apa matlamat kita 1, 3, 5 dan 10 tahun akan datang sekurang-kurangnya.
11. Tak Berilmu:
Kita buang masa buat semua ini bila kita tidak ada ilmu membina bisnes yang betul dan tidak tahu bagaimana untuk “Master Your Business”.



Ulasan
Catat Ulasan