8 LANGKAH MEMBEBASKAN DIRI DARI HUTANG.
Semua orang pernah berhutang. Bagaimana caranya membebaskan diri dari hutang ?
1. Sedar Diri Bahawa Kita Ada Hutang.
Ia motivasi diri agar cepat dan segerakan hapus hutang, ada yang buat buat tak sedar mereka banyak hutang.
2. Turunkan Taraf Hidup.
Jika dulu minum kopi setarbak, minum saja kopi tepi jalan. Dari rumah kondo, pindah ke flat tanpa kolam.
3. Tahu Jumlah Hutang.
Catat semua hutang termasuk jumlah kecil pinjam kengkawan. Tulis besar dan tampalkan.
4. Anggaran Pendapatan.
Ketahui jelas jumlah gaji anda dan pendapatan tambahan agar anda tidak lebih belanja. Jangan lebih kerak dari nasi ayam.
5. Segera Bayar Hutang
Jangan tangguh bayar hutang, gegadis lebih suka lelaki matang kurangkan berhutang.
6. Cari Pendapatan Tambahan
Jika hutang kita melebihi pendapatan bulanan, usahakan pendapatan tambahan. Mesin rumput bukan satu dosa.
7. Tahan Nafsu Berbelanja
Lupakan dahulu beg LV, Jubah baru dan pewarna gincu. Semakin banyak hutang semakin kurang belanja.
8. Berhenti Berhutang
Bila berjaya selesaikan hutang, nekad untuk tidak berhutang lagi. Lupakan kad kredit yang jadi punca hilang kawalan diri.
Semua orang pernah buat salah, azam diri untuk berubah.
Semakin banyak kita tabur budi, semakin mudah gegadis terhutang budi dan sudi jadi isteri .
share jika bermanfaat buat kita semua


Ulasan
Catat Ulasan