4 Cara Untuk Bertemu Nabi SAW Dalam Mimpi
Pertama
Perbanyakkan Selawat . Pendapat dari sesetengah ulama , Sekurang2nya 300x sehari semalam. Sesetengah pendapat 1000x sehari semalam secara istiqamah sehingga bertemu dengan ALLAH.
Kedua
Mengagungkan sunnah Nabi SAW. Niatkan setiap perbuatan ibadah umum & khusus seharian mengikuti sunnah Rasullullah SAW.
Ketiga
Menyebarkan Dakwah Rasullullah SAW.
Keempat
Berkhidmat kepada ummat Rasullullah SAW. Sesungguhnya Rasullullah SAW diutuskan untuk rahmat keseluruh Alam.
Iaitu keseluruhan ummat Di akhir zaman tidak kira apa bangsa mereka.
Seorang murid bertanya kepada ustaznya. Si murid bertanya :
Wahai Saidi, bagaimana saya boleh bertemu Rasullullah SAW di dalam mimpi ?Ustaz : Adakah benar anda ingin bertemu Rasulullah SAW?
Jawab Si murid : Benar , ajarkanlah daku caranya untuk saya bertemu Rasullullah SAW.
Ustaz : Datanglah ke rumah untuk makan malam ini.
Datanglah murid ITU ke Rumah gurunya.
Dijamu gurunya dengan makanan yang dilebihkan garam beserta jeruk tampa air.
Murid : Wahai tuan ada air?
Ustaz : Tiada air teruskan makan.
Murid : Baiklah. Bila tuan akan ajarkan saya cara untuk bertemu Rasullullah SAW didalam mimpi.
Adakah mungkin seseorang ITU akan diziarahi boleh Rasullullah SAW akan orang yang memakan dari sumber yang haram, penglihatannya dari yang haram, pendengarannya dari yang haram, mulutnya penuh dengan yang haram dari makanan ataupun ucapan. Perbuatannya penuh dengan haram serta nifaq.
Tidak , Tidak ,Tidak sama sekali. Tidak mungkin kecuali Diberi Hidayah dari ALLAH.
Sebahagian menziarahi Rasullullah SAW , dengan sebahagian yang lain diziarahi Rasullullah SAW
Kisah Kedua
Seorang wanita yang sudah agak lanjut usianya menyuruh anaknya bertemu dengan gurunya meminta beliau datang menggunjunginya.
Datanglah guru pemuda itu kerumah yang terpencil dan sangat miskin diperbuat dari tanah liat. Sewaktu guru pemuda masuk. IBU yang sudah tua dengan berwajah man is lagi tenang menjemput beliau masuk. Kemudian terus kembali berselawat.
Guru pemuda itu bertanya:
Wahai IBU! Kenapa IBU memanggil Saya ke sini ? Apa yang dapat saya Bantu ?
IBU : Saya sudah 3 hari sakit. Bolehkah merawat IBU? InshaAllah saya akan membawa pakar untuk rawat IBU disini.
IBU : Bukan itu yang IBU maksudkan. IBU sudah 3 hari berturut tidak didatangi Rasullullah SAW. Apakah dosa atau bala yang akan menimpa IBU ini?
Ustaz : IBU sakit sebab tidak diziarahi Rasullullah SAW ! Berapa lama , Wahai IBU ?
IBU : Setiap malam.
Ustaz : Berapa banyak IBU berselawat kepada Rasullullah SAW ?
IBU : 15 000 sehari semalam.
Ya Allah ! Subhanallah!
Bagaimana pula dengan kita ?
Sudah berapa lama? beberapa kali mengerjakan umrah serta haji ? Seumur hidup pun belum pernah menemui wajah junjungan mulia Rasullullah SAW.
Sesungguhnya sesiapa yang bertemu AKU didalam tidur, maka dia benar benar telah bertemu denganku, sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupaiku.
Semoga anda serta saya dapat bertemu dengan Rasullullah SAW sebelum mati serta mendapat syafaat baginda Di Akhirat kelak.
Aamiin Aamiin Aamiin Ya Rabbal Alamien



Ulasan
Catat Ulasan