10 Perkara Penyebab DOA Tertolak
IBRAHIM BIN ADHAM, seorang ahli Tasawwuf
yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa
beliau di pasar Basrah. Ada di antara mereka
bertanya, mengapakah doa mereka tidak
dimakbulkan oleh Allah swt, sedangkan mereka
selalu berdoa kepadaNya. Maka jawab beliau:
"Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara"
● Kamu mengenal Allah taala tetapi kamu
tidak menunaikan hakNya.
● Kamu mencintai Rasulullah saw tetapi kamu
menolak Sunnahnya.
● Kamu membaca Al Quran tetapi kamu
tidak mengamalkanya.
● Kamu makan nikmat Allah taala tetapi kamu
tidak mensyukuriNya.
● Kamu berkata syaitan itu musuh kamu
tetapi kamu tidak menentangnya.
● Kamu berkata Syurga itu benar tetapi kamu
tidak beramal untuknya.
● Kamu berkata neraka itu benar tetapi kamu
tidak lari daripadanya.
● Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu
bersedia baginya.
● Kamu bangun dari tidur dan menceritakan
keaiban manusia tetapi lupa keaiban sendiri.
● Kamu kebumikan mayat tetapi kamu tidak
mengambil iktibar darinya.



Ulasan
Catat Ulasan