Keistimewaan Penghafaz Al Qur'an & Penyelesaian Sebahagian Besar Masalah Jiwa


Seorang bermasalah datang berjumpa Hassan Al Basri. Berceritalah hamba Allah ini kepada Hassan Al Basri. Wahai Tuan , hati saya tidak tenang. Maka Kata Hassan Al Basri kepadanya :
 "Pergilah tuan yang ada masalah ini, cari tempat orang membaca Al Qur'an",
Kemudian selepas beberapa hari dia datang lagi mengadu lagi kepada Hassan Al Basri bahawa dia masih belum tenang. Kata Hassan Al Basri lagi kepadanya :
"Pergilah tempat orang mengaji dan belajar Al Qur'an",
Kemudian selepas beberapa hari dia datang lagi mengadu lagi kepada Hassan Al Basri bahawa dia masih belum tenang. Kata Hassan Al Basri kepadanya:
" Bangunlah pada tengah malam baca Al Qur'an dalam solatmu. Sesungguhnya Mengingati ALLAH hati akan menjadi tenang".

Ulasan

Catatan Popular