Rezeki Yang ALLAH Hinakan



Di antara manusia, ada yg Allah luaskan rezekinya, dan ada yg Allah sempitkan rezekinya. Bukanlah bermakna dia mulia di sisi Allah apabila Allah luaskan rezekinya, atau dia hina di sisi Allah apabila Allah sempitkan rezekinya.

Ada di antara manusia yang Allah hinakannya melalui hartanya. Dengan harta yang banyak, dia dengan mudah dapat melakukan maksiat dan segala dosa.

Di antara manusia ada yang Allah muliakan dengan harta. Dengan harta yang banyak, dia lebih mudah untuk mendapat pahala dan melakukan pelbagai kebaikan.

Di antara manusia, ada yang miskin dunia, bahkan turut miskin akhirat.

Di antara manusia, ada yang Allah sempitkan rezekinya, dengan itu dia bersabar dan redha dengan ketentuan Allah, tanpa dia meninggalkan usaha, bahkan tetap mengerjakan perintah Tuhan serta meninggalkan larangan-Nya.

Di antara manusia, ada yang Allah berikan kebaikan kepadanya melalui harta yang sedikit, kerana Allah maha mengetahui sekiranya dia mendapat harta yang banyak, dia akan mudah menggunakan harta ke jalan dosa dan maksiat.

وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata".
Surah Ash-Shura : ayat 27

Ulasan

Catatan Popular