Kenapa Perlu Tulis Matlamat Dalam Business ?
Alhamdullilah.
Saya alu-alukan kedatangan tuan puan ke page saya ini.
Hari ini, secara santai-santai..
Saya mahu share SATU perkara yang paling penting sebelum kita memulakan perniagaan.
Perniagaan itu merangkumi online, offline, kecil atau pun besar.
Sebelum memulakan perniagaan, sangat2 penting untuk kita betulkan cara berfikir (mindset) kita terhadap perniagaan.
Ianya boleh dimulakan dengan kita mengambil sekeping kertas, dan mula menulis :
1) 3 MATLAMAT besar kita untuk melakukan perniagaan.
Kemudian, cuba baca semula matlamat-matlamat tersebut.
Adakah matlamat tersebut terselit jawapan seperti ini.
a) Matlamat saya mahu menjadi kaya.
b) Matlamat saya mahu dapat duit banyak, pergi melancong & untuk beribadah Umrah/Haji.
c) Matlamat saya mahu langsaikan segala hutang tertunggak.
Adakah ini antara jawapan yang kita tulis?
Jika YA - Matlamat kita sangat banyak terdorong kepada duit dan wang ringgit.
Apabila satu saat, kita tidak dapat DUIT tersebut, kita akan mula rasa down, rasa give up dan mula tidak bersemangat untuk meneruskan perniagaan kita.
Dorongan DUIT (yang di jadikan sebagai matlamat) adalah dorongan yang tidak bagus dan sangat menyebelahi kepentingan diri kita sendiri.
Jadi, apakah MATLAMAT yang betul?
Matlamat yang betul adalah apabila matlamat tersebut banyak berpihak kepada orang orang lain, bukan diri kita sendiri.
Seperti :-
1) Matlamat saya dalam perniagaan adalah ingin membantu menambah NILAI ke dalam kehidupan orang lain melalui produk yang saya jual.
2) Matlamat saya dalam perniagaan adalah ingin membantu agen-agen saya, partners saya mencapai apa yang mereka mahukan.
3) Matlamat saya di dalam bisnes, adalah untuk mendapatkan sumber rezeki yang Halal dan berkat, semoga dengan rezeki yang saya ada ini, saya dapat membahagiakan kedua ibu bapa saya.
Kenapa pentingnya matlamat ini?
Kerana dengan matlamat ini, ia akan membantu kita bertindak untuk mencapai apa yang kita inginkan.
Kerana dengan matlamat tanpa sandaran wang, kita akan kekal semangat dan positif walaupun adakala kita menghadapi kesukaran demi kesukaran di dalam bisnes.
Untuk kita mencapai apa yang kita inginkan, kita harus bersedia membantu mencapai apa yang orang lain inginkan.
Sudah menulis 3 matlamat anda di dalam perniagaan?
Jika belum, kita mulakan pada hari ini.
Matlamat yang di tulis, mudah-mudahan ia menjadi DOA yang di makbulkan oleh ALLAH.
Namun, matlamat yang tidak di tulis, ia akan kekal menjadi angan-angan.
Share Sekiranya bermanfaat.



Terima kasih ata perkongsian yang hebat
BalasPadamUsaha lebih gigih lgi di masa akan datng, demi ank2 dan keluarga,
BalasPadam