Bacalah DOA Ini Bila Di Raudah Nabi SAW

Segala puji2an Hanya kepada ALLAH Tuhan seru sekelian Alam, Puji2an yang menetapi segala nikmatNYA, yang selaras dengan segala kelebihanNYA, Wahai Tuhan Kami, Kepada ENGKAUlah puji2an selayaknya dengan KeagunganMU , KebesaranMU dan KekuasaanMU,


Selawat Dan Salam ke atas junjungan Besar NABI Muhammad SAW, ahli  keluarga baginda Serta sahabat2nya sekelian.


Ya ALLAH Ya Ilahi Anta Rabbi ( Ilahi Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku )
Ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa kedua ibubapa isteri kami, dosa isteri kami, dosa anak2 kami, dosa adik beradik kami, dosa adik beradik isteri kami, dosa kaum keluarga kami, dosa jiran2 kami, dosa sahabat Dan kenalan kami, dosa rakan2 niaga kami, dosa pelanggan2 kami , dosa rakan2 perniagaan kami. 

Anugerahilah kami ilmu yang bermanfaat, tauhid yang benar, keyakinan yang kukuh, ibadah yang sempurna, hati yang bersih, jiwa yang murni, akhlaq yang mulia, Merdeka dari belenggu hawa nafsu, pandangan yang haq, pengabdian yang diterima, kematian dalam kalimah لآاله الاالله serta dalam pengampunanMU, bebas dari siksa kubur, bangkit dari Alam barzakh bersama sama Rasulullah SAW , di padang masyar mendapat naugan Arash, beroleh minuman dari telaga kausar, mendapat syafaat kubra dari Rasullullah serta syurga tampa dihisab bersama sama para para ambiya wal mursalin, siddiqin, syuhada dan solehin.


Jemputlah kami datang berkali kali dengan kedua ibubapa kami, kedua ibubapa isteri kami, dengan isteri kami, dengan anak2 kami, dengan adik beradik kami, dengan adik beradik isteri kami, dengan kaum keluarga kami, dengan jiran2 kami, dengan sahabat Dan kenalan kami, dengan rakan2 niaga kami, dengan pelanggan2 kami , dengan rakan2 perniagaan kami. 

Jemputlah kami menjadi tetamu Mu Yang teristimewa, jemputlah kami lagi mengerjakan Haji & Umrah dalam masa terdekat ini. Permudahkanlah segala urusan kami menuju pengabdian kepada Mu. Luaskanlah bagi kami Rezeki yang halal lagi berkat. Berilah kecukupan dalam segala urusan kehidupan kami. Jadikanlah  kami dari golongan masuk syurga tampa hisab, dikalangan ahli tauhid (ahlul maqrifah), isteri yang solehah, anak anak yang soleh dan solehah .

Ya Allah, Ya Razzak, Ya Wahab,

Pemimpinlah kami, Bantulah kami , Lindungilah kami ,  dari golongan hasad dengki, golongan munafiq serta musyrik dan kafir dajal laknatullah iaitu musuh musuh zahir kami Dan juga musuh musuh batin kami iaitu hawa nafsu & syaitan. Sehingga kami dijemput kembali disisiMu Di Negeri yang Kekal Abadi.

Sesungguhnya KehendakMU Benar , KekuasaanMU yang terlaksana, KekuatanMu yang tidak dapat dikalahkan.

Berilah kami kebaikan didunia serta kebaikan diakhirat. 

Ya ALLAH , Ya Aziz , Ya Gafar , Ya Rabbal Alamein.


Ulasan

Catatan Popular