Cara buat networking terbaik dan terpantas didunia .



Ramai orang ingin berjaya dalam bidang perniagaan akan tetapi mereka tiada network. Cuba perhatikan orang bangsa lain berniaga seperti cina maupun mat salleh. Mereka bina network.

Saya perhatikan orang cina bila pelanggan datang ingin membeli sesuatu barang tetapi barang itu telah kurang ataupun habis , jawapan mereka pasti ADA. Sekiranya habis dia akan kata puan tunggu sekejap itu barang on the way. Dia akan pergi ambil dari peniaga lain dan pinjam barangan tersebut untuk pelanggan mereka.Sikap kita kebiasaannya akan kata dah habis.

Bangsa yang berjaya selalunya mereka sentiasa positive dalam tutur kata serta tindakan serta kukuh network mereka.
Mereka saling tolong menolong dikalangan network masing2. Mereka tidak akan sabotage perniagaan rakan network. Inilah hakikat perniagaan mereka boleh ada merata-rata di dunia ini.

Bukankah tolong menolong ini sunnah Rasullullah SAW ?
Sewaktu Salman Al Farisi berhutang dengan seorang Yahudi. Rasullullah  SAW dan para sahabat bergotong-royong membantu Salman melangsaikan hutangnya dengan membantu menanam pokok-pokok kurma diladang dimiliki Salman secara hutang. Inilah contoh networthing.

Rupa2nya Sunnah Rasul ini sudah berpindah ke bangsa lain. Sedangkan asalnya sunnah berniaga dan bernetworthing ini milik orang Islam.
Kenapa terjadi demikian ?
Sabda Nabi SAW :
Kamu akan lihat umat ini selangkah demi selangkah akan mengikuti bangsa Yahudi & Nasrani . Hatta masuk ke lubang biawak pun , kamu pasti akan mengikuti mereka.

Jadi Apakah Pilihan Yang Ada ?
Buat connection dengan ALLAH. Dia Maha Mengetahui. Sebelum serta yang akan datang.

Ulasan

Catatan Popular