Apakah WHY Kekayaan & Kejayaan Anda ?

Semoga Allah permudahkan urusan kita hari ini dan hari2 mendatang.....
pagi ni nak kongsi sedikit motivasi yang bersangkut paut kenapa kita masih di takuk yg sama, kehidupan kita masih lagi sepertimana 5-10 tahun dahulu...Kita nak berubah tapi dlm hati kita ada suara kecil yg menghalangnya...

🍃Cuba tanya diri kita,  
Apa yang menyebabkan kita tidak mahu berjaya? 
Apa yang sangat2 menghalang kita untuk berjaya?

Kadang2 jawapannya sangat mudah. Kita tidak berjaya sebab kita tidak mahu hendak mencuba. Kita tidak mahu untuk buat sesuatu yang baru. Kita lebih sanggup menghadapi kesusahan yang sudah kita biasa dan tahu cabarannya,  serta tahu bagaimana hendak menyelesaikannya.  Kita tidak mahu menghadapi kesusahan dan cabaran yang baru, yang bakal kita hadapi demi hendak berjaya! 
Kenapa? 
Kerana kita tidak tahu cara terbaik untuk menghadapinya dan menyelesaikan cabaran2 baru tersebut.  Maka, jadilah kita orang yang sama dari dulu sampai sekarang.

Apa matlamat untuk kita berjaya?  
Matlamat yang paling ramai orang ingin capai ialah KEKAYAAN. Kejayaan dalam bentuk kekayaan sebenarnya adalah jawapan bagi semua masalah kehidupan.  Sebenarnya kita harus mencapai semua kekayaan yg di gariskan seperti dibawah :

🚦 Kekayaan kesihatan yang baik 
🚦 Kekayaan harta benda yang baik 
🚦 Kekayaan kewangan yang baik 
🚦 Kekayaan masa yang banyak 
🚦 Kekayaan silaturrahim dan perhubungan           yang baik
🚦 Kekayaan ilmu yang baik2 
🚦 Kekayaan kolam jiwa yang bersih 

Setiap dari kita perlu memiliki kekayaan ini kerana ianya dapat memberi kita peluang untuk beramal dengannya dan memberi peluang untuk kita lebih dekat dengan Allah SWT. 

Bagaimana? 

Ulasan

Catatan Popular