17 Kehebatan & Barakoh Dari Sedeqah
Di dalam kitab Jawahirul Mawahub Karangan Syeikh Al Fatani dalam bab sedeqah.
Dalam kitab ini banyak sekali hadith Rasulullah SAW yang menerangkan tentang keutamaan bersedeqah.
1. Mensucikan Harta & Badan.
2. Menutup 70 pintu Kejahatan.
3. Menolak Bala & menyembuhkan penyakit.
4. Mengembirakan Orang Miskin yang mukmin sebaik-baik amalan.
5. Berkat hartanya serta diluaskan ALLAH rezekinya.
6. Mendapat naugan ALLAH di hari kiamat.
7. Ringan hisabnya.
8. Berat timbangannya di akhirat.
9. Mudah melalaui titian Siratul Mustaqim
10. Bertambah darjatnya di Syurga.
11. Mendapat Kasih sayang ALLAH.
12. Benteng dari Api Neraka.
Rasulullah SAW bersabda:
Hendaknya salah seorang dari kamu melindungi wajah dari Neraka
walaupun dengan sebelah biji Kurma(bersedekah).
Riwayat Ahmad
13. Memanjangkan Umur serta mati dalam Husnul Khatimah(kesudahan yang baik).
14. Didoakan oleh para Malaikat.
15. Menghapuskan Dosa.
16. Menghindari azab kubur.
17. Bukti keimanan.
Dari Abu Hurairah ra berkata:
Datang seorang laki-laki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya:
“Ya Rasulallah! Sedekah manakah yang paling besar pahalanya?” Nabi SAW menjawab: “Sedekah yang engkau berikan, sedangkan engkau pada waktu itu masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang untuk menyumbangkan harta), kerana engkau takut menjad fakir dan berangan-angan menjadi lebih kaya lagi. Maka janganlah engkau melambat-lambatkan sedekah sehingga apabila roh sampai di kerongkongan lalu ketika itu baru engkau berkata: “Untuk si fulan ini sekian, si fulan ini sekian. Dan sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan berpindah milik kepada orang lain.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keterangan
Mengeluarkan harta untuk sumbangan adalah perkara yang sangat sulit bagi seseorang, melainkan kalau pengeluaran harta itu dalam bentuk kewajiban seperti zakat atau dalam bentuk kesadaran yang mendalam sehingga penyumbang merasakan bahawa hartanya yang disumbangkan itu adalah sebagai simpanan yang kekal yang akan diberikan ganjaran yang berlipat ganda pada hari kiamat nanti.
Banyak orang yang kaya, tetapi tidak banyak di kalangan mereka orang yang mahu menyumbang. Dia takut menjadi fakir atau simpanan hartanya berkurang, bahkan ia sentiasa berusaha untuk menambah lagi kekayaan yang sudah ada.
Ketika hati sangat terpaut dengan harta dan sangat mencintainya, maka ketika itulah waktu yang paling baik untuk dia menyumbang. Ketika itu ia akan berdepan dengan godaan syaitan dan hawa nafsu yang selalu menakutkannya dari terjerumus ke jurang kefakiran.
Maka sesiapa yang mampu melawan hawa nafsunya pada saat itu bererti ia telah meraih kejayaan yang sangat besar.
Lain halnya dengan seseorang yang sedang sakit teruk. Nyawa pun dirasakan sudah tidak lama lagi akan terpisah dari badan. Tanda-tanda kematian dari masa ke masa semakin dirasakan.
Ketika itu putuslah harapannya dari memiliki atau menguasai hartanya, maka mudahlah ia berkata: “Harta ini untuk si fulan, harta itu untuk si fulan,” padahal masa sudah terlambat dan wasiat yang boleh diluluskan oleh syarak pada masa itu tidak boleh lebih dari sepertiga harta yang ditinggalkannya.
Syukurlah kalau ahli waris yang mewarisi harta itu ada kesedaran untuk membuat sedekah jariah sebagai kiriman yang dikirim ke dalam kubur dari masa ke masa.
Kalau mereka tidak berbuat demikian atau digunakan untuk membuat kemaksiatan, maka si matilah yang letih mencari harta dengan membanting tulang dan memeras keringat pada waktu hidupnya dahulu dan dia pula yang akan dihisab di hadapan Allah SWT sedangkan ahli warisnya bersenang-senang hati mewarisi harta yang telah ditinggalkan oleh orang tua mereka dengan percuma sahaja.
" THE MORE U GIVE THE MORE U GET BACK "
Syukur pada MU YA ALLAH
Begitu besar nya fadhilat sedekah wlpun dgn sebiji buah kurma.
Peristiwa benar yg telah ku alami sendiri smlm.
Aku telah bersedekah 4 botol cookies kpd sedara mara ku, setiap botol 100gram cookies. Total 400 grams.
Mlm itu aku menerima tempahan dari seorg sahabat cina sbyk 8kg (8000grams) cookies. 20X ganda dari apa yg aku sedekahkan. Allah Hu Akbar. Terdiam aku seketika, mengenang betapa benarnya ganjaran bersedekah ini. Allah mnjanjikan 10X ganda tp diberi nya pada ku 20X ganda.
Deyana Hatazad feeling Alhamdulillah
Syukur pada MU YA ALLAH
Begitu besar nya fadhilat sedekah wlpun dgn sebiji buah kurma.
Peristiwa benar yg telah ku alami sendiri smlm.
Aku telah bersedekah 4 botol cookies kpd sedara mara ku, setiap botol 100gram cookies. Total 400 grams.
Begitu besar nya fadhilat sedekah wlpun dgn sebiji buah kurma.
Peristiwa benar yg telah ku alami sendiri smlm.
Aku telah bersedekah 4 botol cookies kpd sedara mara ku, setiap botol 100gram cookies. Total 400 grams.
Deyana Hatazad feeling Alhamdulillah

Ulasan
Catat Ulasan