Moga ALLAH meredhoimu dan mengurniakan padaku futuh

Hari ini guru pendidik rohani dan jasmaniku Sidi Al-Hajj Prof. Mahmoud MrGlani menulis dalam artikelnya...-moga ALLAH meredhoimu dan mengurniakan padaku futuh dengan didikanmu ya saiyidi-. Kata beliau :
Fahaman Yang Wajib Dikoreksi – 1
Telah ku dengar dari Saiyidina As-Syarif Abdun Nasir رضي الله عنه وأرضاه ونفعنا به :
Ada banyak fahaman yang wajib dikoreksi lalu perlu difahami dengan benar serta disebarkan, diamalkan dan dilaksanakan… antara fahaman itu ialah bahawa umat kita… umat yang dirahmati… umat Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صل الله عليه وسلم
1- Wajib bagi kita untuk tidak menghadkan arah dan menentukan tempat di mana ALLAH…contohnya mengatakan bahawa ALLAH hanya ada di langit.
Bagaimanakah ini dapat diterima…sedangkan ALLAH Subhanahu wa Taala yang telah menciptakan langit, lalu di mana ALLAH sebelum Dia menciptakan langit… dan di mana Dia selepas penciptaan langit ?!
ALLAH Subhanahu wa Taala telah memuliakan kita dengan segala jawaban sebagai memuliakan kekasihNya dan penghulu ciptaanNya صل الله عليه وسلم.
ALLAH Robbuna Subhanahu wa Taala berfirman dalam kitabNya Al-Quranul Karim, Surah Al-Baqarah ayat 115 :
( فَأَيْنَمَا تُوَلُّواْ فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ)
“…ke mana saja kamu menghadapkan dirimu maka di situ wajah ALLAH”
Dalam Surah Al-Hadid ayat 4… Robbuna Subhanahu wa Taala berfirman :
( وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ)
“…dan dia bersama kamu semua di mana saja kamu berada”.
Dan jangan kita nak mengubah nama Robbuna Azza wa Jalla… contohnya menamakanNya sebagai God.
Begitu juga jangan mengucap kata-kata popular : God Bless You
2- Wajib bahawa tidak berlaku penghinaan, pengecilan dan merendah-rendahkan terhadap Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صل الله عليه وسلم … baik dari orang Islam atau bukan …dan itu sama sekali tidak kita terima… sama ada dalam apa bentuk atau lambang atau tulisan… tidak kira sama ada secara langsung atau tidak langsung… dan sekurang-kurang mengingkari ialah dengan hati kita.
Contohnya menyebut perkataan Prophet
terhadap junjungan Baginda Saiyidina wa Maulana Muhammad Rasulullah صل الله عليه وعلى آله وصحبه وسلم تسليما
3- Wajib untuk sama sekali tidak berlaku pengkafiran terhadap kaum Muslimin.
Orang Muslim mengkafirkan…. Kaum Muslimin… ini merupakan sesuatu yang sama sekali tidak boleh diterima tak kira walau berbagai kitab telah ditulis mengenainya.
Barangsiapa yang melakukannya, atau turut serta, atau menyokong, atau menyetujui mana-mana dari tiga perlakuan terlarang tadi… sesungguhnya dia berada dalam bahaya besar… dia telah melanggar ijmak (kesepakatan) kaum Muslimin… dan boleh jadi dia telah keluar dari daerah umat yang dirahmati.
Wana`udzu billahi min dzalik.

Ulasan

Catatan Popular