Kelebihan menjaga Orang Tua (Ibu dan Ayah).


Antara kelebihan yang Allah swt janjikan ialah :-
1. Mendapat rezeki yang banyak. Rasulullah saw bersabda,
"Sesiapa yang ingin dipanjangkan umur dan ditambahkan rezekinya, maka hendaklah dia berbakti kepada Ibu Bapanya serta menyambungan silaturahim, (Riwayat Ahmad)

2. Mendapat pahala percuma setiap kali melihat wajah Ibu Bapa. 
Rasulullah saw bersabda,
"Melihat para tiga perkara adalah ibadah iaitu melihat wajah Ibu Bapa, al-Quran dan kepada laut" 
(Riwayat Abu Nuaim) 
dan ditambah dengan lafaz "Melihat kepada Kaabah adalah ibadah". 
(Riwayat Abu Daud).

3. Terhindar daripada balasan yang segera Rasulullah saw bersabda,"Dua kejahatan yang disegerakan balasan diterima adalah Zina dan Menderhaka". (Riwayat Attirmidzi).

Buat yang terbaca posting ini ambik 5 minit daripada 1440 minit yang kita ada hari ini untuk telipon dan ucapkan kasih sayang dan terima kasih kepada mak dan ayah kita atas pengorbanan mereka selama ini.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular