Coretan Sifu FB Ads
Di Agro Bank Temerloh..
Pesanan buat sesiapa nak hantar bantuan makanan kepada mangsa banjir di TEMERLOH..
"Nak hantar bantuan, seeloknya kena ada bot sendiri!"
Kami sampai tadi, dekat 2 jam baru dapat bot. Tu pun puas pujuk adik bawa bot tu.
Masa menunggu bot tu, saya sempat berbual dari sorang akak dari akhbar utama negara.
Katanya;
"Sini dik, setakat bawak barang tak guna dik. Kat ipd, kat bomba, berlambak barang makanan bantuan orang hantar. Tapi tak dapat dihantar ke kampung-kampung yang terputus hubungan.
Akak ni dah 3 hari kat sini. Paling penting sini petrol. Generator..dapat gas, dapur lagi bagus.
Masalahnya, susah nak hantar barang2 ke tempat lokasi. Ada kawasan ditenggelami air, bila sampai satu lokasi, ada darat. Lepas tu, air balik. Bagaimana nak angkat bot?
Kalau korang nak bawak bantuan camni, baik balik aje. Takde orang nak hantar..
Kalau nak tolong, bawak bot dari luar. Baru mudah nak hantar bekalan makanan. Air deras sini dik.."
Tu lah kata akak tu..
Tips dari saya:
1) Kalau korang dari KL, bawa bot kalau boleh. Barulah mudah nak hantar bekalan makanan.
Atau..
2) dapatkan contact no mangsa2 di kawasan yang terlibat. Minta mereka dapatkan org yang ada bot datang ke lokasi utama spt di AGRO BANK TEMERLOH untuk ambil bekalan makanan.
Atau..
3) deal dgn org yg sedia bantuan bot di sini. Booking diorang utk bawa bekalan sampai habis. Kalau satu hilux, ada la 5 trip. Kalau lori 5 tan, mungkin 30 trip kot.(cer kira sdri)
Kalau kita bawa makanan kat sini, susah nak dapat bot yang boleh hantar. Kena ada bot sendiri, baru boleh pergi mana-mana lokasi yang ingin dihantar.
Sambung cerita kami..
Ramai org tggu dapatkan bot. Tiada! Tanya org tu, tanya org ni, takde yang boleh hantar. Masalah laluannya agak sukar. Ada kes bbrapa bot terbalik kata mereka..
Kami pun dekat 2 jam tunggu baru dapat sewa satu bot. Nama budak ni Yus, dari Sg Rabit. Nasib baik la dia ni ada. Dia dan kawannya. Walaupun botnya kecil, tapi dah cukup membantu.
Menurutnya..
Dia dah beberapa hari tolong hantar bekalan makanan kepada mangsa-mangsa.
Saya ajak Yus ni bersembang..
Menurut beliau;
Banjir ni baru surut 2 kaki. Banjir ni memang terburuk di kawasan Temerloh. Lebih kurang banjir awal 70-an.
Kata beliau, di pusat pemindahan banjir yang dekat dgn bandar Temerloh seperti Sek Ren Jln Bhgia, sek men sri bahagia, sek men abu bakar, memang mangsa banjir ditempatkan. Kat sana katanya, memang kekurangan makanan. Kadang-kadang orang sampai bertumbuk untuk dapatkan makanan.
Banyak kedai-kedai terutamanya di bandar dipecah dan dimasuki pencuri. Mereka curi barangan letrik, handphone dll..
Dan banyak juga rumah kediaman dipecah masuk pada waktu malam, dan dicuri barangan spt tv, dll..
Memang jenayah pecah dan curi ni agak berleluasa. Ni diberitahu oleh si Yus ni la..laporan polis mmg byak dibuat katanya.
Lewat perang tadi, saya lihat beberapa helicopter berulang-alik do atas kepala. Menurut Yus, heli tsbt berulang alik bawa orang sakit ke hospital temerloh.
Pihak2 media spt finas, tv9 juga kelihatan tadi. Masa kami nak balik slps slsai htr barang, ada satu kereta TIMBALAN MENTERI datang.
Ni lah gambaran yang saya lihat di bandar Temerloh. Bandarnya memang dah tenggelam. Cuma kawasan bandar BARU boleh kita turun untuk hantar bekalan.
Kawasan2 di bahagian seberang temerloh, bot tak berani pergi. Air sg pahang laju sangat kata mereka. Berisiko..
Esok insyallah kami try pergi area Seberang Temerloh pula. Nak cari orang yg ada bot dlu..atau dapatkan contact no dlu..
Ni kami ondaway balik KL. Esok dtg lagi, dgn lori pula. Utk bantuan bekalan yg lbih besar. Utk dihntr ke pusat pemindahan banjir, dan juga area seberang temerloh..
Sesiapa nak datang membantu mangsa banjir di Temerloh, amatlah diharapkan. Ramai yang semakin kekurangan bekalan makanan.
Mangsa di kawasan Sanggang, Kuala Krau, area Seberang Temerloh yg berhampiran Sg Pahang tu antara yang paling perlu dibantu.
Cuba dapatkan bot, dan orang yang tahu bawa bot di area banjir ni untuk memudahkan bekalan dihantar..



Ulasan
Catat Ulasan