CERITA DARI KOTA MEKAH
Mencari tempat sujud waktu solat di masjidilharam agak sukar jika mahukan tempat yang istimewa. Syarat yang tak mahu tidak mesti penuhi. Mesti nampak kaabah. Iqtikaf di masjidilharam rasa rugi jika tidak nampak Kaabah depan mata. Mahu pandang puas-puas sementara berada di sini. Terdetik di hati, aku datang seorang diri mudah nak menyelit mencari tempat solat. Tapi kalau datang ramai2 dgn keluarga besar tentu sukar.
Pagi itu sementara menunggu azan subuh, terdengar kakak yg duduk di sebelah bercakap loghat kelantan. Kalau org kelantan, memang pantang tahu saudara senegeri tak di tegur. Saya mulakan perbualan.
Kakak dari mana? Macam orang kelantan. Datang berapa orang kak? Saya tanya sebab tengok saf ni ramai yang pakai telekung putih. Biasanya telekung putih memang orang malaysia.
Terkejut bila kakak dari kuala krai tu kata dia datang 14 orang. Adik beradik dan ipar. Kakak tu agak peramah. Dia cerita yang mereka semua di taja oleh adik bongsu. Adik bongsu yang uruskan semua. Dia ambil pakej paling mahal sekali. Rm200 ribu bajet yang diberi. Siap bagi duit untuk beli buah tangan ikut berapa org anak. Saya jadi seronok nak dengar lagi. Bestnya keluarga ni. Bagusnya adik bongsu kakak ni.
Kakak tu cerita yang dulunya adik bongsu dia ni nakal. Belajar sampai spm saja. Tapi suka berkawan sampai buat benda2 tak elok. Katanya semua benda jahat dia buat, cuma dadah sahaja tak ambil. Mak mereka jadi risau, asyik doakan anak bongsu ni supaya berubah.
Mak ayah dan adik bongsu ni tinggal di KL. Masa tu kejadian highland towers dan rumah mereka berhampiran. Adik tu rasa takut sgt disebabkan kejadian tu, dia datang ke Mekah. Dia minta Allah jadikan dia orang baik dan berikan rezeki yang banyak.
Balik mekah, dia berubah dan amalkan bangun pagi sebelum subuh untuk solat tahajud. Entah macammana lepas dia berubah jd orang baik, ada seorang cina tanya dia nak buat bisnes tak? Cina tu bagi dia 2 Billion untuk buat projek oil and gas. Mulai saat itu hidup dia terus berubah. Sampai sekarang, dia sangat kaya, dan baik dan jaga adik beradik lain.
Saya mengalirkan air mata dengar cerita akak tu. Berdiri bulu roma. Rasa terinspirasi...sebab tu orang islam kena kaya. Baru boleh bantu orang lain kan...
Eh lupa nak cerita. Adik bongsu kakak ni baru 30 tahun lebih dan tengah cari jodoh. Banyak kali hampir nak kahwin tak jadi. Saya minta juga no tel kakak tu sebab ada adik ipar belum kahwin. Mana tahu kan...kot kot ada jodoh.
3 pengajaran saya boleh dapat dari cerita kakak ni.
1. Allah bagaikan bagi jawapan bila saya terfikir datang seorang lagi senang. Kalau Allah nak bagi mudah Dia akan permudahkan. Datanglah ramai mana pun. Minta aje dengan Allah.
2. Kita berniaga ni kena ada rasa nak kaya raya. Bukan sahaja lepas utk diri sendiri dan keluarga kecil kita tetapi juga untuk dapat buat kebaikan kepada orang lain. Kalau tak kaya raya, mana nak dapat sponsor orang lain buat ibadah sampai ke Mekah. Tak gitu...
3. Doa seorang ibu. Doa yang sangat hebat. Jadi ibu-ibu, doakan semua anak-anak ya. Yang baik atau nakal. Doakan semua. Kita nak semua anak-anak kita kaya, berjaya dan soleh.



Ulasan
Catat Ulasan