Bila Sifu Turun Padang

Alhamdulillah sampai hajat nak bekerjasama dengan anak-anak muda yang hebat, berani dan independant seperti team Dr Hadi serta YM Raja Shamri. 2 lori jumlah 10 tan barangan dan makanan yang disumbangkan oleh para penyumbang melalui ‪#‎Richwell‬ telah sampai dan sedang diagih-agihkan. Mereka bersistematik dan penuh keikhlasan. Bangga melihat cara mereka bekerja di masjid Ibrahimi Pasir Puteh Kelantan.
Pihak Kerajaan samada Persekutuan dan Negeri patut melihat, mendekati dan belajar dari kesungguhan mereka beroperasi tanpa bantuan mana2 kerajaan melainkan dari individu atau orang ramai dan beberapa NGO yang mahu menyalurkan bantuan melalui mereka. Mereka orang-orang yang mendekati apa yang berlaku dibawah. Dengar pandangan mereka, jangan pilih untuk tidak mendengar suara rakyat yang tidak bekerja kerana politik mana-mana parti.
Nanti saya share details interview exclusive kami dengan Dr Hadi dan Raja Shamri. Ini on the way untuk sampaikan barang2 sumbangan direct ke tangan mereka yang perlukan.
Teruskan menyumbang dan kami mengalu-alukan lebih banyak bantuan dan sumbangan untuk membantu mereka menghadapi pasca banjir semampu kita Insya Allah.

Ulasan

Catatan Popular