Tips Biz 4U 2

1. Pembinaan sesebuah jenama yang diyakini dan dipercayai adalah asas untuk menjana keuntungan dalam perniagaan.
2. Jangan terlalu lama berfikir untuk melakukan sesuatu. Bertindak dan lakukan sahaja apa yang kita inginkan & jangan berdolak-dalih kerana bertangguh itu akan melambatkan proses kita untuk berjaya.
3. Seorang pejuang tidak pernah takut untuk terus berusaha dan tetap berjuang  habis-habisan dalam perniagaan walau pun orang lain sudah mengundur diri.
4. Buat pelanggan teruja dan puas hati dengan senyuman dan layanan yang baik .
5. Golongan yang berjaya tidak sekali-kali membazirkan masa dengan melakukan perkara-perkara yang mereka tidak kuasai, tiada kepakaran atau pun tidak mendatangkan keuntungan yang tinggi. Mereka sentiasa fokus kepada skills serta kepakaran dan melakukan penambah baikan dari semasa ke semasa.
6. Sehebat mana produk atau servis perniagaan anda, ianya tidak akan berguna jika pemasarannya lemah & longlai.
7.Peluang ada di mana-mana. Apa yg penting, kita perlu mengkaji terlebih dahulu peluang yang terhidang di depan mata kita.
8.Fikirkan bagaimana anda boleh menjana pendapatan pasif sebagai sumber pendapatan berterusan setiap hujung bulan, mingguan atau tahunan walaupun tidak melakukan apa-apa.
9. Kita tidak perlu tunggu sehingga masa yang sesuai kerana tiada satu masa pun yang sesuai melainkan kita sendiri yang menjadikan masa itu sentiasa sesuai dengan bertindak.
10. Lebih banyak Ilmu anda, maka lebih bersedia diri anda apabila peluang datang.
11. Perniagaan ibarat satu seni di mana peniaga perlu mempelajari berbagai elemen menguruskan perniagaan. Tidak memadai sekiranya mempelajari secara teori kerana kesempurnaan menyeluruh perniagaan merangkumi aspek pengurusan, pekerja, pemasaran, pembangunan produk, jualan, perkhidmatan pelanggan, pelaburan dan kesemua aspek itu perlu diamalkan dengan harmoni untuk kejayaan perniagaan.
12. Jadikan masalah sebagai batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk anda berjaya.
13. Kesilapan paling besar yang ramai peniaga kecil, sederhana atau besar adalah apabila mereka berniaga bertahun-tahun tanpa mengambil informasi atau maklumat pelanggan dengan serius dan agresif.
14. Apa yang anda tahu tentang perniagaan atau kepakaran anda mungkin merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial dan kongsikan kpd org lain tentang bidang yang anda tahu.
15.Dalam perniagaan, kita perlukan lebih banyak kesabaran & pengorbanan yang tinggi kerana jika kita tidak dapat mengharungi cabaran atau krisis setahun dua dalam perniagaan, bagaimana perniagaan itu nak bertahan dan capai tempoh 30 atau 50 tahun ke hadapan.
16. Bila kita berjaya, kita syukur kepadaNya dan berterima kasih kepada orang yang membantu kita mencapai kejayaan kita.
Bila kita gagal atau belum berjaya, kita syukur kepadaNya kerana masih diberi peluang untuk mencuba lagi, salahkan diri sendiri dan perbaiki diri. Terima kasih juga kepada orang yang pernah bantu kita.
Itu sikap mereka yang boleh berjaya, akan berjaya dan telah berjaya zahir dan batin.
"Bila kamu bersyukur, nescaya Allah swt akan tambah lagi tapi jika tidak, azab Aku (kata Allah swt) amat pedih." - Surah Ibrahim: ayat 7
17. Penggunaan agen adalah strategi pemasaran yang cukup popular yang terbukti keberkesanannya hari ini. Lebih ramai agen yang sudi mempromosikan bisnes kita, lebih cepat perniagaan kita berkembang tanpa perlu kita sendiri bersusah payah melakukan pemasaran.

Ulasan

Catatan Popular