'Ibu Bapa adalah cerminan kepada anak-anak.'

Kalau ada masa, duduk dengan anak-anak baca kisah nabi-nabi. 

Jangan anak nanti hanya tahu kisah labu-labi. 

Ajar mereka dari kecil cintakan idola yang bagus dijadikan contoh serta teladan yang ditanamkan dalam minda dan hati supaya mudah-mudahan jadi pedoman hidup mereka nanti. 

Kita dapat atau tuai hasil daripada apa yang kita tanam. 

Cuti sekolah sudah semakin hampir, jika ada sedikit kemampuan dan tidak banyak masa, hantar mereka ke Kem Tahfiz , mana-mana kem yang bagus untuk pembangunan sahsiah diri mereka. Jika sendiri ada masa, then buat sesuatu program dengan mereka. Walaupun kita mampu beri kemewahan kepada mereka di usia mereka muda, pilihlah untuk tidak berikannya kerana ia boleh merosakkan mereka. Kita mungkin punca anak-anak derhaka bila besar nanti.

Jangan biarkan mereka duduk rumah dan kita sibuk kerja. Mereka buat apa? Tengok TV sepanjang hari, tengok kartun, main game. Tengok filem yang kita tidak mampu kawal bila kita tiada.

Nak dengar dengar, tak nak sudah. Itu anak anda.

Sayang kehidupan anak-anak kita, jika kita tidak rancang dan hala kan ke perkara yang berfaedah. 

Ulasan

Catatan Popular